27 January 2014

Hutang Punca Lelaki Mati Ditikam


BENTONG: Seorang lelaki maut akibat ditikam di dada selepas terbabit dalam pergaduhan berkaitan hutang di sebuah restoran dekat Genting Highlands malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa Lim Foo Long, 40, bersama teman wanita dan adik lelakinya sedang makan di restoran berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki dipercayai dikenalinya untuk meminta hutang.



"Mangsa enggan membayar hutang itu, membuatkan suspek beredar dan kembali semula bersama tiga rakannya beberapa minit kemudian sebelum bertindak menarik mangsa ke dalam tandas di restoran berkenaan.

"Polis percaya berlaku pergaduhan antara mangsa dengan keempat-empat suspek terbabit sebelum mangsa ditemui mati ditikam di dada. Semua suspek bertindak melarikan diri sejurus kejadian itu," katanya di sini hari ini.

Mohamad Mansor berkata mangsa yang berasal dari Pulau Pinang dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum disahkan mati semasa menerima rawatan di situ.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita di sekitar kawasan pusat peranginan berkenaan bagi membantu siasatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...