BENTONG: Seorang lelaki maut akibat ditikam di dada selepas terbabit dalam pergaduhan berkaitan hutang di sebuah restoran dekat Genting Highlands malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa Lim Foo Long, 40, bersama teman wanita dan adik lelakinya sedang makan di restoran berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki dipercayai dikenalinya untuk meminta hutang.