29 January 2008

LAGI PERHIMPUNAN HARAM DIADAKAN MENJELANG PILIHANRAYA



Satu perhimpunan haram oleh sekumpulan individu yang mengelarkan diri mereka sebagai PROTES (Gabungan Memprotes Kenaikan Harga) telah diadakan di hadapan KLCC bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan ekoran kenaikan harga barang keperluan asas baru-baru ini.

Perhimpunan haram tersebut di angarkan telah dihadiri kira-kira 200 orang walaupun arahan untuk tidak menyertainya telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Lantaran kedegilan dan keengkaran mereka untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan itu telah mengakibatkan seramai 56 orang daripadanya terpaksa ditahan.

Mereka yang engkar telah ditahan mengikut Seksyen 27 (1) Akta Polis 1967 dan Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah bagi pencegahan dari berkumpul.

Beberapa individu yang ditemui ketika menyertai perhimpunan haram itu berkata, ia dilakukan kononnya sebagai menyatakan bantahan kepada kerajaan ekoran kenaikan harga beberapa barang keperluan asas di negara ini.

Walaupun tindakan yang dilakukan ini tidak berasas sama sekali, namun ia tetap diadakan untuk menarik sokongan orang ramai menentang kerajaan.

Walaupun mereka (PROTES) berulangkali menegaskan perhimpunan haram yang diadakan itu tidak mempunyai sebarang motif politk, namun umum menyedari perhimpunan haram ini telah di dalangi oleh beberapa pemimpin pembangkang.

Pembangkang yang sudah ketandusan modal ini cuba untuk meyakinkan rakyat dengan mengadakan pelbagai siri perhimpunan haram semata-mata untuk menagih simpati dan ehsan menjelang pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi. Ia juga bertujuan untuk memperlihatkan kepada setiap lapisan masyarakat betapa mereka (pembangkang) masih lagi relevan dan mampu mentadbir negara andai diberi peluang.

Pembangkang juga sengaja mencetuskan fenomena itu supaya rakyat percaya perhimpunan haram merupakan satu saluran bagi mereka untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan juga merupakan satu percubaan pembangkang untuk memperbesar-besarkan isu dalam memancing emosi pengundi supaya mengundi mereka dalam pilihan raya umum ke-12.

Namun ternyata rakyat negara ini semakin bijak dan waras untuk tidak terpedaya dengan tipu muslihat yang cuba digunakan untuk mempergunakan rakyat bagi kepentingan politik sempit mereka. Natijahnya perhimpunan haram tersebut gagal menarik sokongan rakyat dengan kehadiran hanya sekitar 200 orang.

Kenaikan harga barang yang berlaku sejak kebelakangan ini seharusnya tidak dijadikan alasan untuk menentang kerajaan. Ini kerana kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk memberikan keselesaan kepada rakyat negara ini.

Kalau difikirkan secara lojik, perkara yang berlaku ini adalah di sebabkan terdapatnya segelintir pengilang dan pemborang yang bertindak menyembunyikan barang bagi membolehkan mereka memanipulasikan harga barang.

Golongan peniaga juga kadangkala cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan ketika musim-musim perayaan bagi memperolehi keuntungan berganda.

Tidak kurang juga terdapatnya segelintir pihak yang menyeludup secara haram barangan keperluan ke luar negara untuk mengurangkan bekalan negara. Sebagai contoh minyak masak negara telah diseludup ke Thailand kerana harga sekilogram minyak masak di negara tersebut melebihi RM5.00 sedangkan di negara ini sudah ditetap dan dikawal harganya sebanyak RM2.50 sekilogram.

Perkara-perkara yang dinyatakan ini secara tidak langsung telah mengakibatkan harga barangan keperluan melambung naik.

Walaupun demikian kerajaan telah melakukan beberapa langkah pencengahan bagi membendung perkara ini dan antara langkah yang diambil ialah :

1. Melakukan operasi pemantauan ke pasar-pasar borong untuk memeriksa peniaga mematuhi harga yang telah ditetapkan.

2. Kerajaan juga telah bertindak dengan memperkenalkan harga siling untuk barangan keperluan ini bagi mengelakkan peniaga menaikan harga barang sesuka hati.

3. Serbuan demi serbuan di lakukan bagi mengesan sekiranya terdapat pemborong, pengilang atau mereka yang tidak bertanggungjawab dari menyembunyi barangan keperluan ini untuk menaikkan harga.

4. Mewujudkan Stok Penimbal Kebangsaan iaitu inisiatif baru untuk memperkukuh strategi bagi memastikan harga barangan keperluan terus stabil dan bekalannya sentiasa mencukupi di pasaran.

5. Kerajaan juga telah menubuhkan MHN (Majlis Harga Negara) untuk menangani masalah kenaikan harga dan kesannya ke atas kos sara hidup. Ia juga bertanggungjawab menangani masalah orang tengah yang kini menguasai pengedaran barangan keperluan sehingga menyebabkan jurang harga barangan di kebun dan pasar raya begitu besar.

6. Pihak kastam, imigresen dan juga Unit Pencegah Penyeludupan akan sentiasa mengawal sempadan negara bagi mengelakkan barangan keperluan ini dari diseludup keluar.

Oleh yang demikian adalah tidak wajar andaikata golongan pembangkang masih lagi menyalahkan kerajaan berhubung isu ini. Ternyata apa yang cuba dilakukan semata-mata kerana pilihanraya umum sudah semakin hampir.

Apa yang rakyat perlu tahu ialah kerajaan Malaysia adalah satu-satunya negara yang mewujudkan badan pemantau dan harga siling yang mengawal harga barangan keperluan asas dari terus dimanipulasikan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...