29 January 2008

BEKALAN AIR PERCUMA BUAT RAKYAT???



Air paip percuma kepada rakyat andai kata rakyat memberi peluang kepada pembangkang memerintah negara. Inilah antara intipati ceramah yang disampaikan oleh Tan Stri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung PKR semasa menyampaikan ceramahnya di Sungai Lalang baru-baru ini.



“Kalau kita menang, setiap isi rumah kediaman akan memperolehi air paip bersih percuma. Rakyat berhak mendapat bekalan air bersih percuma,” tegasnya.

Inilah antara ribuan janji yang diberikan kepada rakyat, menjelang menghadapi pilihanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sekiranya rakyat golongan marhaen meneliti semua janji yang diberikan oleh pembangkang ini pasti akan ada yang terpengaruh dengan janji-janji manis yang diberikan ini. Seperkara yang tidak diketahui oleh golongan ini ialah setiap kali menyampaikan ceramah di kampung-kampung pasti akan ada janji-janji baru yang diberikan oleh pembangkang ini.

Boleh dikatakan setiap kali road-show mereka, janji-janji manis seumpama ini akan diberikan seperti menurunkan barangan keperluan asas, harga minyak, menaikkan gaji penjawat awam, mewujudkan rumah kos rendah, dan sebagainya yang mampu mempengaruhi golongan ini.

Bagi mereka yang tidak memahami akan gerak kerja pembangkang ini, mereka akan merasakan pembangkang bakal mewujudkan sebuah negara yang mampu memenuhi kehendak setiap lapisan masyarakat.

Namun apa yang mereka tidak ketahui ialah, janji-janji ini hanyalah umpan semata-mata bagi mengaburi minda golongan marhaen untuk membeli undi. Rakyat seharusnya sedar akan permainan minda yang cuba di wujudkan dan propaganda yang disebarkan bagi meraih simpati.

Sebagai contoh, semasa pilihanraya umum yang lepas taktik yang sama telah digunakan dengan memberikan pelbagai janji yang tidak mungkin dapat dilaksanakan. Lihat sahaja janji yang diberikan mereka kepada rakyat Kelantan, namun sehingga ke hari ini rakyat Kelantan masih lagi menunggu dan akan terus menunggu.

Janji yang diberikan mereka ini bukan sahaja tidak ditepati, malah pelbagai isu berkaitan rasuah dan salah guna kuasa yang diberikan kepada rakyat Kelantan sebagai hadiah kerana memberikan mandat kepada mereka untuk mentadbir negeri itu.

Penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh Husam Musa sehingga ke hari ini masih belum terjawab, ditambah dengan isu lojing, pengunaan wang zakat dan seribu macam onar yang disajikan sepanjang tempoh pemerintahan yang diberikan.

Rakyat seharusnya sedar, pembangkang di negara ini bukan sahaja tidak mampu mentadbir negara apatah lagi untuk menunaikan semua janji palsu yang telah diberikan. Rakyat cuba dikhayalkan untuk terus lena dengan persembahan mereka ini.

Berbalik kepada isu air yang diutarakan oleh Tan Sri Khalid ini, apakah releven untuk memberikan perkhidmatan air percuma kepada rakyat. Walaupun idea ini kelihatan seperti menjaga kepentingan rakyat, namun ia tetap mempunyai impak negetif disebalik.

Isu pembaziran air yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kualiti air, sistem pembetungan, kes pencurian air dan sebagainya harus diambil kira sebelum cuba memperbodohkan rakyat dengan omongan kosong seperti.

Kepada golongan marhaen, sebelum mereka mempercayai janji yang diberikan ini, ada baiknya mereka mempertikaikan keikhlasan pembangkang dalam membela nasib rakyat. Lihat sahaja isu dalaman mereka yang tidak pernah selesai seperti pembahagian kerusi dan ideologi yang tidak pernah selari antara satu sama lain.

Mereka seharusnya memfokuskan untuk menangani isu ini sebelum berani untuk terus memperbodohkan rakyat dengan serbu macam janji yang tidak mampu untuk dilaksanakan. Namun satu perkara yang pasti andaikata pembangkang berjaya membentuk parlimen ialah akan wujud sebuah kerajaan campuran yang lemah dan sering bertelagah sesama sendiri.

Sidang parlimen yang berlangsung akan penuh dengan pertelangahan mereka berbanding menunaikan janji yang mereka berikan kepada rakyat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...