24 August 2008

KITA ADA BUKTI UNTUK MENGAITKAN NAJID DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA

Najib Tun Razak akhirnya mengambil pendekatan seperti Saiful Bukhari dengan menafikan tuduhan Anwar dengan lafaz sumpah. Sumpah tersebut telah dilafazkan di depan jemaah Masjid Guar Perahu semalam (22 Ogos 2008).

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.

‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Najib.

Sumpah yang dilafazkan oleh Najib ini, di harap dapat membuka mata ramai pihak yang selama ini termakan dengan kata-kata Anwar Ibrahim. Peminat setia ceramah Anwar Ibrahim sepatutnya bertanya kepada diri sendiri, apakah tuduhan Anwar selama ini boleh di percayai?

Seperti yang kita ketahui, tiap kali apabila menyampaikan ceramah, acapkali Anwar menuduh Najib terlibat dengan konspirasi membunuh Altantuya Shaaribuu tanpa memberikan bukti yang kukuh.

"Kita ada bukti untuk mengaitkan Najid dengan pembunuhan Altantuya.

"Najib adalah dalang di sebalik kematian Altantuya"

"Semua bukti berkaitan penglibatan Najib terhadap pembunuhan Altantuya, akan kita" dedahkan sedikit masa lagi"

Berikut adalah antara, bait-bait kata yang sering dia gunakan untuk memfitnah Najid Tun Razak. Tapi yang hairannya bermula dari hari Anwar di bebaskan sehinggalah ke hari. Tiada satu bukti pun yang didedahkan kepada umum bagi menyokong pertuduhannya itu.

Kalau adapun, hanyalah akuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra yang menuduh Rosmah turut berada di tempat kejadian ketika Altantuya di bunuh. Tetapi tiada sebarang bukti yang dilampirkan untuk menyokong hujahnya.

Pembaca yang budiman, pasti masih mengingati peristiwa '6 kotak hitam' yang di dakwa oleh Anwar berada dalam simpanannya ketika beliau ingin mengerakan reformasi suatu ketika dahulu. Bermula dari pemecatannya hinggalah di sumbat ke penjara dan di bebaskan, langsung tiada sebarang pendedahan dari '6 kotak hitam'seperti yang dijanjikan.

Itulah Anwar, hanya pandai berkata dengan penipuan demi penipuan. Dan mereka yang berfikiran sempit pula akan terus menelan kata-kata Anwar tanpa dapat mengunakan akal fikiran waras yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Penulis percaya dengan lafaz sumpah yang diucapkan oleh Najid dan Saiful telah menyebabkan Anwar kepanasan dan hilang punca. Seperti yang dikatakan sebelum, sumpah mereka itu, ada pemberatnya. Dan yang terkena sumpahnya adalah Anwar Ibrahim.

Apapun, kita tunggu sahaja 26 Ogos ini. Apakah Anwar masih berjaya menipu rakyat Malaysia atau sebaliknya. Yang nyata Anwar dah mengelabah.

11 comments:

Anonymous said...

emm... siapa yang menggelabah sekarang ni??
najib? pak lah? mahathir??

Anonymous said...

Sallam Kawan semua....

Aku ni nak mencelah sikit....mmg ar skrg ni tiada lagi bukti untuk mengaitkan tuduhan keatas kedua-dua pihak tersebut.

Tetapi Najib dan Saiful telah pun membuat sumpah laknat!!Anda tau ker apa akibat jika mempermainkan sumpah laknat itu...????

Nauzubill ah....hanya allah yang maha mengetahui dan maha mendengar.!! Aku pun nak jugak percaya ckp Si Anwar ni...apa salah nya jika dia membuat sumpah laknat itu,hanya untuk memastikan yang dia tidak terlibat dalam kes liwat itu.

Bersalah atau tidak biar Allah yang menentukan dan di dunia ini biarlah mahkamah yang menentukan.. .!!

Setidak- tidaknya xder org yang mcm aku masih was2 terhadap anwar ni..!!

Jganla bagi alasan yg remeh-temeh untuk tidak membuat sumpah laknat ini.Jka tidak percayakan doktor, x percyakan polis,x percayakan mahkamah adakah dengan Allah juga beliau tidak percaya!!!!

Sama2 la kita fikir-fikirkkan. .

Adios.

Anonymous said...

engkaupun ada ke bukti anuar bersalah.sendiri mau ingat.tuduh menuduh boleh menyebabkan diri kita dihumban ke neraka.apapun kita hanya mampu berdoa supaya kebenaran ditunjukan kpd kita yg salah itu mendapat laknat Allah

Anonymous said...

Ulama dah kata tak perlu....... ...

jangan kita lagi pandai dari ulama....... ...

Anonymous said...

salam...

pada pendapat ambe la kan, zaman sekarang org berani bersumpah walaupun dia bersalah, kenapa ambe kata macam tu, sbbnya mereka sudah tak takut lagi termakan sumpah mereka sbb zaman sekarang Allah tak membayar total kepada org yg mempermainkan sumpah atas nama Allah.... tapi tangok la sedikit hari lagi, jika si saiful tu main2 ngan sumpah dia, si najib main2 ngan sumpah dia dan si tajol tu pun main2 ngan sumpah dia terhadap Allah.... ambe harapkan Allah tunjukkan kepada rakyat malaysia nih tentang erti termakan sumpah sendiri...jika mereka benar maka org yg menuduh mereka juga ambe harapkan Allah jatuhkan laknatnya terus dia atas dunia nih... supaya umat manusia percaya dengan kekuatan sumpah atas nama Allah...

wassalam...

wanmf

Anonymous said...

Salam.

Tak faham kenapa masih ada yang sengaja tak nak faham tentang sumpah dengan nama Allah. Apakah sumpah itu boleh dibuat main-main begitu sahaja.. Sekarang ni rakyat semakin keliru. Kita pun tak tahu siapa yang betul...

Anonymous said...

DARI APA YG AKU TAHU SI SAIFUL NI MEGALAMI KEMALANGAN TIME NAK DTG
PERMATANG PAUH..NTAH BETUL KE TIDAK NTAH LA...KAWAN2 ADA YG TAHU
KE...????

Anonymous said...

Kalau sesiapa ada bukti tentang kes ALtantuya, harap simpan untuk
diri sendiri apabila di kehendaki menjadi saksi di makhamah kelak.
Penting untuk kamu jadi saksi demi nyawa orang.

Anonymous said...

sila baca terjemahan surah an-nur bermula dengan ayat 6, ini cara
yang quran ajar macamana nak bersumpah, kes ape, situasi apa, jangan
nak memandai2... .

kalau tak de quran terjemahan kat umah atau tak dpt cari kat
internet, g beli.....kat Maidin ada, ada yg murah dalam 10-00 hinggit
aje...

rinStarr said...

Hahaha.... kpd kawan2 UMNO, udah2 la tu tak habis2 nak fitnah DSAI.... sekarang dia dah menang... Alhamdulillah pengundi2 di Permatang Pauh ada otak dan boleh berfikir secara waras.... Bagi mereka ni sumpah2 ni adalah mainan politik kotor UMNO.... Abis tu kalau dah sumpah tu maknanya dia tu tak bersalah laa??? bodoh punya org.... Ni, kalau dah boleh letupkan org, dok rasuah memanjang.... takat sumpah ni apa ada hal bagi diaorg....

Kpd empunya blog ni.... pesan aku.... pergi lah tulis benda lain, tulis pasal sukan ke.... pasal hal rumah tangga ke... pasal pakcik kau seorg petani berjaya ke.... takde la org2 mcm aku ni terpaksa buang masa nak comment kat blog kau nih....

Anonymous said...

saya hanya menulis berdasarkan pengamatan dan penelitian yang dibuat bagi menegakkan yang hak dan menidakkan yang batil.. terpulanglah kepada pembaca yang budiman untuk menilai.

Tambahan pula, saya hanya meminta kita berfikir semula secara matang dan rasional tanpa perlu beremosi.

Bukan perkara yang mudah untuk seseorang menipu dengan bersumpah. Kerana mereka yang bersumpah tahu Allah S.W.T tahu akan perkara yang sebenar.

Bersumpah dengan memohon laknat untuk diri dan keluarga bukan perkara yang boleh dibuat main. Kesungguhan Saiful untuk bersumpah laknat wajar diberikan perhatian dan membolehkan kita berfikir akan rasionalnya..

Buat mereka yang buta hati dan perut.. hanya kepada Allah tempat bermohon agar dibukakan hatinya.

Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...