16 August 2008

Saiful dah sudah, Anwar bila lagi

Bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23 telah pun menunaikan tanggungjawabnya dengan melakukan mubahalah semalam.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada pukul 6.25 petang semalam , Saiful telah melafazkan sumpah itu sambil disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi.

Turut dilihat berada di masjid itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarga Mohd. Saiful.

Seramai 40 orang berkumpul di dalam dewan solat itu ketika Mohd. Saiful bersumpah.

Yang menjadi persolaannya sekarang ialah, apakah Anwar Ibrahim selaku orang yang di tuduh akan melakukan perkara yang sama bagi membuktikan dirinya tidak terlibat dengan dakwaan seks luar tabii itu.

Penulis berpendapat seandainya Anwar benar-benar teraniaya atau difitnah maka, beliau juga akan melakukan mubahalah. Ini kerana lafaz sumpah laknat adalah suatu perkara yang tidak boleh di ambil ringan. Mereka yang berdusta dengan sumpah laknat bakal menerima azab yang pedih dari Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada Syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia sumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar.

Surah An-Nur, Ayat 6


Firman Allah S.W.T

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang- orang yang dusta.

Surah An-Nur, Ayat 7

Firman Allah S.W.T

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendak ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta.

Surah An-Nur, Ayat 8


Firman Allah S.W.T

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata) Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya orang-orang benar.

Surah An-Nur, Ayat 9


Sekiranya sebelum ini, Anwar Ibrahim sering mengambarkan dirinya sebagai seorang yang alim dan warak. Tidak cukup dengan itu, di dalam ceramah-ceramah yang di sampaikan sering diselitkan dengan ayat-ayat Al-Quran bagi mengelaburi pandangan orang.

Maka sewajarnya bagi dirinya bermubahalah bagi membuktikan dirinya benar-benar suci dan bersih dari semua pertuduhan yang dikenakan.

Namun, penulis percaya Anwar tidak akan sama sekali bermubahalah. Ini kerana beliau sedar seandainya beliau berdusta laknat Allah akan ditimpa ke atas. Anwar Ibrahim benar-benar dalam delima ketika ini. Tindakan yang dilakukan oleh Saiful telah membuatkan dirinya kepanasan.

Bagaimanakah dia mampu untuk berhadapan dengan rakyat yang telah diperbodohkan selama ini dengan sandiwaranya?. Apakah dia mampu untuk memikul laknat Tuhan sekiranya dia berdusta.?

Akhirnya dia terperangkap dengan lakonan dan tipu dayanya sendiri. Buat Anwar Ibrahim hentikanlah lakonanmu. Kasihanilah isteri, anak-anak dan mereka yang sayang dengan dirinya. Ada baiknya dikau berundur dari pentas politik tanahair.

Buat penyokong Anwar, Saiful telah pun bermubahalah untuk membuktikan kesahihan dakwaannya, tetapi Anwar Ibrahim idola yang kamu semua sanjung masih lagi dengan dolak-dalih dan sandiwaranya. Nilailah sendiri, gunakan akalmu untuk berfikir dan bukan emosi.

Wallahualam


2 comments:

mohad said...

salam... apa khabar...

Unknown said...

salam... alhamdulillah khabar baik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...