17 August 2008

MIRZA SAKIT GIGI, AZALINA DIPERSALAHKAN..????



Petang semalam, penulis menerima satu panggilan dari seorang teman di utara tanahair, yang memaklumkan, wujudnya gerakan dari parti pembangkang untuk melemahkan saf kepimpinan Pak Lah. Gerakan itu di namakan 'character assination'.

Gerakan ini bertujuan untuk menjahanam kredibiliti dan personaliti menteri-menteri kabinet pimpinan Pak Lah. Ia juga bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Sekaligus menjadikan impian mereka merampas kerajaan pada September ini menjadi kejayaan.

Mereka sedar untuk menumbang sebatang pokok yang besar mereka perlu menghapuskan akar-akarnya terlebih. Ini kerana akar yang kuat mencengkam tanah akan menguatkan pokok besar itu dari sebarang acaman.

Begitu juga dengan Pak Lah, walaupun pelbagai isu besar melanda negara, namun sokongan padu dari jemaah menteri dan wakil-wakil rakyat telah mengagalkan usaha mereka.

Sebagai contoh, beberapa bulan yang lepas mereka pernah mencuba untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada Pak Lah. Namun usaha itu tidak berjaya kerana tidak mendapat sokongan dari ahli-ahli parlimen.

Sebelum ini Najib Tun Razak telah di asak teruk oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dengan pelbagai tohmahan sehinggakan isteri beliau Rosmah Mansor turut di seret sama.

Kemudian, mereka cuba melaga-lagakan Muhyiddin dengan Pak Lah dan Najib di ikuti dengan gesaan mereka terhadap Zaid Ibrahim untuk meletakkan jawatan kerana isu yang di bangkitkan oleh Majlis Peguam.

Dan terbaru, telah wujud satu gerakan untuk menjatuhkan Azalina dengan percubaan mengaitkan beliau dengan isu konspirasi terhadap Mirza Mohammad.

Ketua Pengarah Lembaga Pengalakkan Pelancongan ini telah di gantung tugasnya beberapa hari yang lalu kerana berhadapan dengan kes rasuah.

Kes yang mendapat liputan dari akhbar-akhbar arus perdana ini, telah di lihat oleh mereka sebagai 'orang mengatuk disorongkan bantal'. Setelah percubaan mereka untuk mengaitkan Azalina dengan isu WSFFM beberapa bulan yang lalu gagal. Mereka cuba mengaitkan pula beliau dengan kes rasuah Mirza.

Kononnya Azalina adalah dalang di sebalik pengantungan Mirza. Tetapi apakah mereka terlupa kes yang dikaitkan itu berlaku pada tahun 2005. Ini kerana adalah mustahil untuk Azalina terlibat sama kerana, Mirza telah dituduh menerima rasuah itu pada tahun 2005. Sedangkan Azalina pada ketika itu berada di Kementerian Belia dan Sukan.

Dan lagi pada tahun 2005, Azalina sendiri tidak tahu beliau akan ditukarkan ke Kemeterian Pelancongan. Azalina hanya mengetahui beliau dipindahkan ke Pelancongan setelah Pak Lah mengumumkan barisan kabinet pada pertengahan Mac yang lalu.

Azalina sendiri ketika ditanya wartawan Utusan beberapa hari lalu turut menyatakan kesedihan beliau di atas pengantungan Mirza. Ini kerana Mirza telah lama berkhidmat dan kehilangannya amat dirasai terutama warga Kementerian Pelancongan. Oleh itu biarlah mahkamah yang menentukan sama ada Mirza benar-benar bersalah atau tidak.


Sungguh pelik, Mirza yang sakit gigi, Azalina pula yang dipersalahkan. Nampaknya selepas ini siapa sahaja yang dibuang kerja, digantung tugas atau apa sahaja yang berkaitan, pasti Azalina juga yang akan dituduh. Azalina adalah seorang menteri dan bukannya kakitangan Sumber Manusia atau Menteri Pencegah Rasuah.

Seperkara lagi, penulis turut dimaklumkan cek pembayaran untuk kos rawatan gigi beliau itu, telah ditandatangani oleh adik beliau sendiri (Mirza Mohammad Tariq) yang juga merupakan rakan kongsi untuk syarikat Perunding Pakar Media Sdn Bhd.

Syarikat tersebut adalah sebuah syarikat pengiklanan yang memperolehi projek pengiklanan di Kanada dan Amerika Utara. Projek pengiklanan tersebut telah diperolehi dari Tourism Malaysia yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Maka sekiranya mereka ingin mengatakan wujudnya konspirasi di dalam kes ini, individu yang harus dipersalahkan adalah adik kepada Mirza dan bukannya Azalina. Pada mulanya penulis tidak berminat untuk mengulas berkenaan isu ini kerana ia agak kelakar untuk dibahaskan.

Namun disebabkan ini merupakan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan, maka penulis merasa bertanggungjawab untuk mempertahankan isu ini dari dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Semasa dihubungi oleh teman dari tanahair itu, beliau turut mengatakan, tindakan BPR ke atas Mirza ada kewajarannya. Ini kerana Mirza bukanlah seorang yang baik dan suci seperti yang di dakwa oleh 'penulis hantu' di dalam blog Malaysia Today.

Ini kerana selain dari kes rasuah itu, Mirza turut melakukan beberapa kes penyelewengan yang lain. Salah satunya kelulusan sebanyak RM20 juta yang dilakukan tanpa pengetahuan menteri dan ahli lembaga pengarah.

Di kesempatan lain penulis akan cuba membongkar penyelewengan dan salahguna kuasa oleh bekas Ketua Pengarah Lembaga Pengalakkan Pelancongan itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...