Sudah lama penulis tidak menulis di dalam blog ini, lantaran sibuk dengan tugas-tugas di pejabat. Tambahan pula mesyuarat cawangan-cawangan UMNO telah bermula dan penulis terlibat secara langsung dengan tugas-tugas yang di berikan oleh pejabat UMNO bahagian.
Di kesempatan ini penulis berminat untuk mengulas surat 'hantu' yang dihantar ke blog Malaysia Today. Di dalam surat 'hantu' tersebut, penulisnya memberikan isu yang bertujuan untuk membersihkan nama Ketua Pengarah Lembaga Pengalakkan Pelancongan, Dato Mirza Mohammad Taiyab.
Mirza sebelum ini telah di dakwa menerima suapan berjumlah RM13,860.00 daripada seorang pengarah syarikat pengiklanan pada tahun 2005. di Mahkamah Seksyen baru-baru ini.
Walaupun pendakwaan baru bermula, namun penulis surat 'hantu' tersebut telah dengan rakusnya cuba mengaitkan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said sebagai dalang di sebalik kes tersebut.
Persoalannya, kes yang di dakwa itu telah berlaku pada tahun 2005, kira-kira 2 tahun setengah yang lalu. Sedangkan umum mengetahui ketika itu Azalina menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Maka bagaimanakah Azalina boleh dikaitkan sebagai dalang.
Nyata penulis surat 'hantu' tersebut kurang cerdik dalam membuat pertuduhan. Motifnya mudah seseorang harus dikambing hitamkan bagi membersihkan nama Mirza.
Penulis surat 'hantu' itu juga cuba menarik perhatian pembaca dengan mengaitkan nama bapa Azalina kononnya memohon kontrak sebanyak RM10 juta. Tidak berpuas hati dengan isu yang di bawa itu, penulis telah menefon sendiri ‘orang’ kementerian pelancongan untuk mengetahui perkara yang sebenar.
Ternyata tuduhan yang di bangkitkan jauh menyimpang dan berunsur fitnah semata-mata. Menurut 'orang' kementerian yang dihubungi itu, beliau mengatakan memang benar terdapatnya permohonan untuk membuka kiosk di Beijing tetapi kosnya yang di pohon adalah RM8 juta.
Dan permohonan itu telah di tolak oleh Azalina sendiri atas alasan kos yang di pohon itu terlalu mahal. Mana mungkin wang rakyat di bazirkan hanya untuk membuka kiosk pelancongan.
Seperkara lagi syarikat yang membuat permohonan itu bukanlah syarikat kepunyaan bapa Azalina dan ia langsung tidak ada kena mengena dengan keluarga beliau seperti yang di dakwa.
No comments:
Post a Comment