16 August 2008

Hadi Awang dan Nik Aziz Berbeda Pendapat Mengenai Mubahalah




Penulis mengambil kesempatan cuti pada hari Sabtu untuk meneliti perkembangan politik tanahair dengan membaca berita-berita semasa di dalam laman-laman blog. Semasa melayari portal Utusan Malaysia, penulis tertarik untuk mengulas isu yang di bangkit oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi Awang ketika di tanya semasa mengadakan sidang akhbarnya semalam berhubung isu bersumpah laknat (mubahalah) yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, menegaskan ia tidak mematuhi hukum Islam sebenar dan merupakan satu kebodohan.

Beliau turut mempertikai tindakan Saiful yang bermubahalah dengan memegang Al-Quran adalah sama seperti orang Kristian yang memegang bible.

Namun yang menjadikan isu ini semakin menarik untuk diperbahaskan ialah mengenai jawapan yang di berikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila ditanya berhubung perkara yang sama.

Nik Aziz menegaskan dan mengakui cara Saiful bermubahalah semalam memang mengikut cara Islam. Katanya, dalam Islam untuk melakukan mubahalah adalah dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi sahaja.

Apa yang boleh penulis katakan di sini ialah, tindakan Hadi Awang mempertikaikan mubahalah yang di lakukan oleh Saiful hanyalah atas dasar kepentingan politik semata-mata. Hadi sedar sekiranya beliau menyokong tindakan Saiful itu maka kesalahan akan jatuh pada Anwar Ibrahim.

Ini kerana sehingga ke hari ini Anwar masih lagi enggan melakukan mubahalah bagi menafikan pembabitan beliau di dalam ke liwat ini. Mana mungkin beliau bersumpah kerana Anwar sedar akan natijah dan pembalasan yang bakal di perolehi seandainya beliau berdusta.

Bagi mengelakan Anwar Ibrahim dari terus di desak dan di persalahkan, jalan pernyelesaian paling mudah adalah mempertikai mubahalah yang di lakukan oleh Saiful. Maka dengan cara ini Anwar akan terselamat dan 'survival' politik Pakatan rakyat akan terus terjamin.

Namun dengan pengakuan yang dibuat oleh Nik Aziz itu, secara tidak langsung telah mendedahkan niat jahat Hadi Awang yang sebenar. Nik Aziz sedar walaupun Pas adalah sebuah parti politk namun beliau tidak sanggup untuk menafikan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Beliau tidak tergampak untuk mempermain-mainkan Al-Quran hanya sekadar untuk memenuhi keperluan politik dan menipu rakyat.

Berbanding dengan Hadi Awang demi memenuhi kepentingan politik beliau tergamak untuk menipu dan menafikan apa yang telah diajarkan oleh Al-Quran. Penulis percaya tindakan Saiful memengang Al-Quran bukanlah kerana ingin mengikuti cara orang Kristian yang memegang Bible ketika bersumpah.

Tetapi kerana Al-Quran adalah merupakan kalam Allah dan merupakan kitab suci agama Islam. Saiful sedar tanpa Al-Quran manusia akan hilang pedoman dan akal seperti yang dilakukan oleh Anuwar Ibrahim terhadap dirinya.

Maka penulis berpendapat tidak ada salahnya beliau memegang Al-Quran ketika seisi mubahalah itu kerana lafaz dan tertib seperti yang ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

Hadith Riwayat At-Tarmizi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...