15 November 2007

APABILA PERASUAH INGIN MEMBANTERAS RASUAH



Sebenarnya cerita yang ingin diperkatakan ini pernah didedahkan suatu ketika dahulu, namun ia seolah-olah telah dilupakan oleh orang ramai. Oleh itu ada baiknya diimbau kembali tatkala Ezam dan Anwar di lihat cuba menjadi jaguh untuk membanteras salah guna dan rasuah.

Cerita yang ingin disampaikan ini bermula dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam mengenai salah laku dan rasuah yang berlaku di dalam Keadilan sepanjang beliau mengabdikan diri untuk parti yang di dokong oleh rejim Zionis ini.

Menurut beliau, suatu ketika Tian Chua pernah mengaturkan satu pertemuan dengan ‘penyangak mata wang’ George Soros (berbangsa Yahudi) yang dihadiri oleh Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Wan Azizah pada sekitar tahun 2002 bertujuan untuk meminta dana untuk mengerakkan parti Keadilan.

Maka dakwaan yang mengatakan Anwar sebagai ejen Yahudi seperti yang pernah didedahkan oleh KPMU dan Khairy suatu ketika dahulu adalah tepat dan berasas. Dan yang paling menyedihkan penggerak dan pejuang ini yang kononya berjuang untuk rakyat dan Islam ini (kononnya) dilihat telah menjalinkan satu kerjasama yang baik dan bersahabat dengan ejen Zionis (penaja sistem kapitalis yang ulung).

Umum juga mengetahui kegawatan yang melanda Malaysia suatu ketika dahulu adalah disebabkan oleh George Soros seorang penyangak mata asing yang telah memanipulasikan tukaran mata wang hingga menyebabkan ekonomi negara merudum jatuh. Bukan sahaja Malaysia bahkan seluruh Asia Tenggara telah terkena serpihannya.

Menurut beliau lagi, Ezam pernah menerima dana sebanyak RM 1 juta yang mana menurutnya telah digunakan untuk membuat poster Anwar Ibrahim. Namun setelah dilakukan siasatan, hanya RM110,000 sahaja yang digunakan untuk tujuan tersebut dan sebanyak RM890,000 telah hilang tanpa diketahui.

Patutlah sebagai Pengerusi Bersih yang tidak mempunyai sebarang elaun mampu membina sebuah banglo yang berharga ratusan ribu ribu yang dibayar secara tunai. Beliau juga dilaporkan telah mempunyai sebuah rumah di Kelana Jaya, Sekseyn 7 berharga ratusan ribu.

Dan pelbagai lagi pendedahan yang dibuat oleh Lokman Nor Adam yang sehingga ke hari ini tiada sebarang penafian yang dibuat. Dimaklumkan juga Lokman telah bersumpah di Masjid Negara untuk menguatkan dakwaan beliau.

Yang peliknya inilah orangnya yang mengepalai BERSIH (Gerakan Rakyat Anti Korupsi) yang kononnya untuk memerangi salahguna kuasa dan rasuah di kalangan pemimpin dan rakyat. Nasihat kepada beliau adalah lebih baik di’bersih’kan dahulu diri yang penuh dengan cemar dan onar sebelum bertindak untuk mem’bersih’kan orang lain.

Anwar mengesa BPR melakukan siasatan terhadap pita rakaman V.K. Lingam yang diambil pada 2001, yang kononnya berpakat dengan orang tertentu untuk menentukan Ketua Hakim Negara. Maka bagaimana pula dengan pendedahan yang dibuat oleh Lokman Nor Adam pada 2002 ini? Mengapa tidak didedahkan sama, atau mungkinkah Anwar tidak tergamak untuk bersuara atau mungkin dengan sengaja buat-buat terlepas pandang.

Tidak mustahil juga Anwar tidak berani, kerana Ezam juga mempunyai berkotak-kotak rahsia sulit berkenaan dirinya. Oleh itu jalan selamat ialah saling melupakan kerana ia tidak memberi sebarang ‘political milage’ kepada dirinya dan Keadilan.

Untuk Anwar dan semua saf kepimpinan pembangkang ingatlah apabila satu jari ditunding kepada orang, maka empat jari lagi akan menunding kepada kita. Maka periksalah dulu diri yang penuh dengan segala macam kebusukan dan pekung sebelum memperkatakan perihal orang.

Hentikanlah dengan sifat munafik yang semakin hari semakin tertonjol keluar. Sekiranya Anwar merasakan dirinya difitnah atau dianiaya mengapa tidak diambil sebarang tindakan terhadap Lokman. Pepatah mengatakan kalau diam maksudnya betullah. Untuk berlaku adil ada baiknya pembaca merujuk link di bawah dan membuat penilaian sendiri.

Penipuan Pemimpin Keadilan



Penipuan Pemimpin Keadilan SIRI 1


Penipuan Pemimpin Keadilan SIRI 2


Penipuan Pemimpin Keadilan SIRI 3

DENDAM ANWAR JIKA JADI PERDANA MENTERI



Sejak kebelakangan ini, keghairahan Anwar untuk menduduki kerusi no. 1 negara semakin membara dan memuncak. Ini kerana selepas bebas dari ‘istana besi’ di Sungai Buluh dahulu, suara beliau lebih bersifat sederhana dan tidak menonjol.

Namun sejak akhir-akhir ini, terutama setelah berlangsungnya perhimpunan Bersih nada suara beliau sudah semakin garang dan lantang dan keinginan untuk menjadi Perdana Menteri seolah-olah sudah tidak dapat dibendung lagi. Baru-baru ini beliau yang hadir untuk menyampaikan ceramah di Taman Melewar, Gombak telah mengingatkan kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk berhati-hati dan berwaspada.

Menurut beliau, sekiranya selepas Pilihanraya Umum (yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi), andaikata kerajaan sedia ada dapat ‘ditumbangkan’ mereka yang dilihat menentang beliau berkemungkinan akan menerima balasan. Balasan yang dimaksudkan ialah kemungkinan akan ditukarkan ke merata ceruk tempat yang terpencil.

Beliau juga menegaskan tiada apa yang mustahil, ini kerana menurutnya sokongan rakyat sudah semakin berpihak kepada parti pembangkang. Oleh itu mereka yang menentang bakal dikenakan tindakan, walaupun kenyataan beliau itu ternyata tidak berasas sama sekali.

Wah! nampaknya belum apa-apa, Anwar sudah berani untuk memberikan ancaman dan ugutan kepada pegawai kerajaan supaya tidak lagi menyokong kerajaan. Inilah karakter sebenar calon bakal Perdana Menteri yang sering di agung-agungkan oleh pembangkang ini. Ikon yang sering berlagak seperti samseng, melanggar undang-undang negara dan yang terbaru mengungut pegawai kerajaan seperti inikah yang harus dinobatkan sebagai pemimpin?

Idealisme yang cuba beliau bawa ialah menakutkan-nakutkan rakyat dan dimasa yang sama menonjolkan diri seolah-olah hanya beliau yang layak untuk mentadbir negara. Selain dari itu pelbagai janji manis dan kosong telah di berikan kepada orang-orang kampung semata-mata untuk meraih simpati.

Tidak ketinggalan juga, semasa menyampaikan ceramah tersebut, beliau begitu ghairah mengunakan bahasa Inggeris, untuk menunjukan kepada orang kampung kemahiran beliau menguasai bahasa Inggeris. Walaupun kebanyakan orang kampung tercengang dan tidak memahami butir percakapan beliau tepukan dan sorakan tetap diberikan.

Walaupun berucap sebagai tetamu jemputan di atas pentas Pas, ‘style’ yang ditunjukan seolah-olah beliau adalah ‘tuan rumah’ dan sekaligus memberikan gambaran kepada Pas walaupun sebagai jemputan beliau mampu menjadikan penyokong Pas beralih kepada Keadilan.

Kiranya sebelum ini, hanya laungan takbir yang diiringi sepanjang ceramah Pas, namun setelah Anwar mengambil alih ia bertukar kepada tepukan. Yang peliknya tepukan Anwar telah berjaya menengelamkan laungan takbir Pas.

‘Silent warning’ (amaran secara senyap) yang ditujukan kepada Hadi Awang yang turut hadir pada majlis berkenaan itu, membawa maksud “kalau hang nak bersaing dengan aku pi belajar cakap orang putih dulu”.

Masakan tidak, pada malam itu Hadi Awang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk menyampaikan ucapan, namun ucapan yang disampaikan oleh Anwar telah mengambil masa kira-kira 1 jam setengah. Dan ternyata beliau lebih popular dan semakin disayangi oleh ahli Pas.

14 November 2007

TEORI 10 TAHUN POLITIK NEGARA MENGARUT



Demostrasi jalanan anjuran Bersih yang dipengerusikan oleh Mat Sabu baru-baru ini dilihat semakin mendapat tempat di hati para pengikut dan penyokong Pas. Walaupun dianjurkan oleh Pas namun bayang-bayang Anwar kelihatan terus subur di dalam program yang dipelopori oleh penasihat parti PKR ini.

Ini kerana sebagai pencetus program yang tidak pernah wujud di dalam sejarah politik Malaysia ini, mereka merasakan ia telah berjaya mendapat tempat di hati rakyat. Walaupun pelbagai kejadian yang tidak di ingini berlaku seperti kerosakan harta benda, gangguan lalu lintas, menggangu ketenteraman awam, merosakan imej negara, dan sebagainya. Mereka seolah-olah ‘mabuk’ untuk terus mengunakan pendekatan ini untuk menyuarakan pendapat.

Mereka juga cuba mengungut kerajaan dengan mengatakan ia bukan yang pertama dan juga bukan yang terakhir, dalam erti kata lain akan ada lagi program yang akan mengerakan rakyat untuk turun ke jalanan. Sebagai seorang rakyat yang sepatutnya sayang dan cintakan negara ini, mereka tidak sepatutnya mengunakan pendekatan seperti ini kerana bakal menyebabkan maruah dan imej negara tercalar di mata dunia.

Difahamkan pada malam ini, mereka sekali lagi akan mengadakan perhimpunan buat kedua kalinya di Batu Burok dengan niat untuk mencabar kerajaan dan badan kepolisian negara. Pemuda Pas DUN Gombak juga dimaklumkan sedang merangka untuk mengadakan perhimpunan 1000 orang (P1K) di DUN Gombak pada 16 Disember. Objektifnya tetap sama memperlecehkan kedaulatan undang-undang negara dan meletakkan negara dalam suasana huru-hara.

Kita sedia maklum majoriti rakyat Malaysia menolak pendekatan yang digunapakai ini, kerana ia jelas mengambarkan sikap dan keintelektual mereka yang rendah dan sukakan keganasan. Di saat kerajaan sedang menjalankan kempen ‘melawat Malaysia’ pembangkang yang hanya bersifat ‘minoriti’ cuba memberikan gambaran yang sebaliknya.

Sebagai sebuah negara yang sedang menuju sebagai negara maju, golongan pembangkang begitu angkuh mengamalkan ‘jungle of the law’ (undang-undang rimba). Di saat ekonomi negara yang dikuasai oleh bangsa lain, pembangkang yang majoritinya Melayu merasa begitu hebat untuk menjerit-jerit di tepi-tepi jalan.

Golongan ini seharusnya sedar, negara asing hanya menanti masa yang sesuai untuk memberikan tekanan dan mengambil peluang untuk kembali menguasai Malaysia. Rakyat Malaysia tidak pernah lupa dengan sejarah hitam pernah melanda dikala Anwar mengerakan golongan reformasi untuk merusuh di jalan-jalan.

Rakyat Malaysia juga masih ingat akan kebiadapan yang ditunjukkan oleh Al-Gore ketika melawat Malaysia suatau ketika dahulu apabila menyokong tindak-tinduk yang tidak bertamadun ini. Di fahamkan juga kajian yang dilakukan oleh golongan pembangkang kononnya setiap 10 tahun politik negara pasti akan dilanda masalah.

Hujah yang digunakan pakai ialah pada 1987 UMNO telah mengalami krisis dalaman yang teruk. Natijahnya UMNO telah diharamkan dan terpaksa untuk ditubuhkan semula.

Diikuti pula pada 1997/1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari semua jawatan kabinet dan politik dan telah menyebab negara di landa gelombang perusuh yang melakukan keganasan dan mengakibatkan UMNO hampir kalah di dalam pilihanraya.

Oleh itu sekiranya mengunakan teori 10 tahun ini, maka pada tahun ini 2007/2008 golongan pasti akan mencuba untuk kesekian kalinya untuk memecah-belah dan merosakkan kemakmuran yang dipertahankan selama ini.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, pembangkang sedang mengerah semua jentera untuk mengunakan apa sahaja cara yang ada untuk meruntuhkan kerajaan sedia ada waima melanggar undang-undang negara. Persoalannya mampukah golongan ini mempertahankan dan menyediakan negara ini sebagai sebuah negara yang aman untuk terus diduduki andaikata mereka sendiri adalah terdiri dari mereka yang enggan patuh dan tunduk dengan undang-undang sedia ada. Tepuk dada tanyalah selera.

13 November 2007

ANWAR PERALAT RAKYAT UNTUK MENJADI PM


Penulis berkesempatan mengikuti ceramah yang dianjurkan Pas di Markaz Talbiah, Taman Melewar pada sebelah malam sejurus selepas ‘rusuhan’ yang dilakukan oleh Bersih. Antara mereka yang di undang untuk menyampaikan ucapan dan mengulas mengenai ‘rusuhan’ yang diadakan seperti Anwar Ibrahim, Mat Sabu, dan Hadi Awang.

Apa yang penulis ingin ulas di sini ialah mengenai ucapan Anwar Ibrahim yang amat berlainan sekali nada dan rentaknya berbanding ceramah yang pernah diadakan sebelum ini selepas keluar dari ‘istana besi’ beliau di Sungai Buloh.

Pada malam itu Anwar dilihat begitu teruja sekali menghasut dan membakar semangat rakyat yang dilihat sedang berada dalam keadaan yang ‘panas’. Beliau juga telah mendesak agar Bersih sekali lagi mengadakan perhimpunan haram dalam jangka masa 2 – 3 minggu lagi dan sekali mengharapkan sokongan rakyat.

Ini kerana menurut beliau, perhimpunan haram yang diadakan baru-baru ini telah berjaya mencabar kerajaan dan kemenangan telah mereka perolehi. Dengan keputusan 1-0 ini, Anwar merasakan Bersih seharusnya mengunakan peluang untuk terus mempergunakan rakyat.

Walaupun menurut perancangan awal, Bersih mencadangkan untuk mengadakan perhimpunan ketika pilihanraya kelak andaikata permintaan mereka masih tidak di penuhi, namun Anwar telah mendesak agar ianya terus diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Pada hematnya, Anwar dilihat begitu terdesak kerana semakin dilupakan oleh penyokong serta pendokong gerakan reformasi khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Kiranya dahulu rakyat diminta melakukan rusuhan kerana beliau telah disumbat ke dalam penjara dan apabila beliau telah dibebaskan maka isu untuk mengadakan rusuhan sudah tidak lagi relevan.

Oleh itu beliau terpaksa memikirkan isu yang lain untuk terus memaksa rakyat berada di jalanraya. Maka tindakan yang diambil oleh Bersih ini seolah-olah tepat dan kena pada masanya bagi menaikan kembali ‘status populariti’ beliau.

Namun apa yang menyedihkan, pada malam itu penulis berpeluang untuk berbicara dengan beberapa pengikut Pas yang rata-rata datang dari kampung ini. Apa yang memeranjatkan ada di antara mereka yang hanya makan nasi kosong dan air sejuk sepanjang berada di Kuala Lumpur ini. Tidak kurang juga ada diantara mereka tidur di masjid dan surau yang berhampiran kononnya untuk menuntut jihad dan pahala seperti yang dimomokkan oleh pemimpin mereka.

Sudahlah wang yang mereka perolehi hasil dari titik peluh selama ini ‘diinfakkan’ kepada tabung jihad dan derma yang acapkali diwujudkan, tidak cukup dengan sumbangan wang mereka sekali lagi dituntut untuk menjayakan matlamat politik sesetengah pemimpin atasan.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan penulis ialah terdapatnya juga segelintir dari mereka yang mengharapkan untuk ditangkap, dipukul hinggakan sanggup kiranya terbunuh semasa menghadiri ‘rusuhan’ itu. Ini kerana pihak pimpinan Pas menegaskan andaikata ia berlaku, secara tidak langsung dapat memberikan ‘political milage’ kepada parti dan seterusnya berkemungkinan mampu untuk mengulingkan kerajaan.

Menurut mereka juga sebagai golongan yang tidak berkemampuan, cara ini secara tidak langsung merupakan sumbangan yang besar kepada Pas yang kononya berjuang untuk Islam sekaligus merupakan jalan pintas untuk mereka memperolehi jihad.

Sungguh dasyat dan kejam golongan pimpinan Pas yang telah berjaya dalam menghasut pemikiran orang kampung ini sehingga sanggup mengunakan isu agama dalam memastikan matlamat perjuangan politik mereka berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...