15 November 2007

DENDAM ANWAR JIKA JADI PERDANA MENTERI



Sejak kebelakangan ini, keghairahan Anwar untuk menduduki kerusi no. 1 negara semakin membara dan memuncak. Ini kerana selepas bebas dari ‘istana besi’ di Sungai Buluh dahulu, suara beliau lebih bersifat sederhana dan tidak menonjol.

Namun sejak akhir-akhir ini, terutama setelah berlangsungnya perhimpunan Bersih nada suara beliau sudah semakin garang dan lantang dan keinginan untuk menjadi Perdana Menteri seolah-olah sudah tidak dapat dibendung lagi. Baru-baru ini beliau yang hadir untuk menyampaikan ceramah di Taman Melewar, Gombak telah mengingatkan kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk berhati-hati dan berwaspada.

Menurut beliau, sekiranya selepas Pilihanraya Umum (yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi), andaikata kerajaan sedia ada dapat ‘ditumbangkan’ mereka yang dilihat menentang beliau berkemungkinan akan menerima balasan. Balasan yang dimaksudkan ialah kemungkinan akan ditukarkan ke merata ceruk tempat yang terpencil.

Beliau juga menegaskan tiada apa yang mustahil, ini kerana menurutnya sokongan rakyat sudah semakin berpihak kepada parti pembangkang. Oleh itu mereka yang menentang bakal dikenakan tindakan, walaupun kenyataan beliau itu ternyata tidak berasas sama sekali.

Wah! nampaknya belum apa-apa, Anwar sudah berani untuk memberikan ancaman dan ugutan kepada pegawai kerajaan supaya tidak lagi menyokong kerajaan. Inilah karakter sebenar calon bakal Perdana Menteri yang sering di agung-agungkan oleh pembangkang ini. Ikon yang sering berlagak seperti samseng, melanggar undang-undang negara dan yang terbaru mengungut pegawai kerajaan seperti inikah yang harus dinobatkan sebagai pemimpin?

Idealisme yang cuba beliau bawa ialah menakutkan-nakutkan rakyat dan dimasa yang sama menonjolkan diri seolah-olah hanya beliau yang layak untuk mentadbir negara. Selain dari itu pelbagai janji manis dan kosong telah di berikan kepada orang-orang kampung semata-mata untuk meraih simpati.

Tidak ketinggalan juga, semasa menyampaikan ceramah tersebut, beliau begitu ghairah mengunakan bahasa Inggeris, untuk menunjukan kepada orang kampung kemahiran beliau menguasai bahasa Inggeris. Walaupun kebanyakan orang kampung tercengang dan tidak memahami butir percakapan beliau tepukan dan sorakan tetap diberikan.

Walaupun berucap sebagai tetamu jemputan di atas pentas Pas, ‘style’ yang ditunjukan seolah-olah beliau adalah ‘tuan rumah’ dan sekaligus memberikan gambaran kepada Pas walaupun sebagai jemputan beliau mampu menjadikan penyokong Pas beralih kepada Keadilan.

Kiranya sebelum ini, hanya laungan takbir yang diiringi sepanjang ceramah Pas, namun setelah Anwar mengambil alih ia bertukar kepada tepukan. Yang peliknya tepukan Anwar telah berjaya menengelamkan laungan takbir Pas.

‘Silent warning’ (amaran secara senyap) yang ditujukan kepada Hadi Awang yang turut hadir pada majlis berkenaan itu, membawa maksud “kalau hang nak bersaing dengan aku pi belajar cakap orang putih dulu”.

Masakan tidak, pada malam itu Hadi Awang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk menyampaikan ucapan, namun ucapan yang disampaikan oleh Anwar telah mengambil masa kira-kira 1 jam setengah. Dan ternyata beliau lebih popular dan semakin disayangi oleh ahli Pas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...