Radio Televisyen
Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat
dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM
semalam.
Sambil berkata, RTM
memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail
berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.
"Ralat dan
permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat
rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga
telah dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan
jawatankuasa tata tertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan
lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu. Kenyataan dan tindakan
segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan,
tambahnya.
No comments:
Post a Comment