Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini membidas kenyataan Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan kabinet bayangan pakatan pembangkang.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Anwar tidak perlu memberi
jawapan angkuh sekiranya tidak berani mengumumkan kabinet bayangan pakatan pembangkang.
Menurutnya
yang dipetik dalam akaun Twitternya pagi tadi, perkara itu turut digesa oleh
pengundi “atas pagar” supaya PR mempunyai kabinet mereka sendiri. Kalau tak berani umum
kabinet bayangan, cakap sahajalah tak payah bagi jawapan angkuh.
“Ramai
pengundi atas pagar desak PR umum kabinet bayangan. Mungkin boleh biarkan
permintaan saya, tapi bolehkah biarkan permintaan mereka?,” katanya.
No comments:
Post a Comment