Menjelang hari
pernikahannya pada 15 September ini, nama Raja Azmi masih lagi tidak
henti-henti dikaitkan dengan kontroversi. Terbaru, dirinya dihentam dan dimaki
hamun teruk peminat selepas gambarnya menyumbat sebatang rokok di mulut bayi
tersebar di laman-laman sosial.
Antaranya, produser
kontroversi ini digelar ‘bodoh’ dan ‘mak cik tua’ kerana cuba mencetuskan
publisiti murahan yang gemar dilakukannya seperti sebelum ini. Rasanya gambar
sebegini tidak perlu dikongsikan bersama umum kerana walaupun rokok yang
disumbat di mulut anak kecil itu tidak dibakar namun peminat merasakan
tindakannya itu adalah tidak wajar untuk kesihatan cucunya.
Raja Azmi 54, bersama tunangnya Eddie 45 |
Apa-apa pun selamat
pengantin baru diucapkan buat Raja Azmi dan tunangnya, Eddie. Semoga hubungan
yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment