12 September 2013

Kem PLKN KOTOR, Pelatih Ugut Balik Balik Rumah @HishammuddinH2O




Beberapa anggota keluarga pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem White Resort di sini berkumpul di perkarangan kem itu hari ini untuk meminta kebenaran pihak pengurusan membawa pulang pelatih dari kem itu.

Sebelum itu malam tadi kira-kira 200 pelatih dilaporkan berkumpul dengan beg pakaian masing-masing dan sepakat mahu keluar dari kem berkenaan kerana tidak puas hati dengan keadaan tempat penginapan dan penyediaan makanan di kem itu.


Seorang daripada bapa pelatih itu yang enggan dikenali berkata anak lelakinya mengadu penyediaan makanan di kem berkenaan tidak bersih selain keadaan kemudahan kem yang uzur dan kotor.

"Seminggu lepas, anak saya telefon mengadu tandas di sini kotor, makanan yang disediakan tercemar selain ada katil yang rosak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun jurulatih kem berjaya menenangkan keadaan dengan berbincang dan meminta mereka bersurai. Pihak pengurusan kem enggan mengulas mengenai kejadian itu dan meminta pihak media supaya turut beredar.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu daripada mana-mana pihak.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...