Syazwan Zulkifli ketika
ditemui pihak media, berkata bukan niat untuk melarikan diri tetapi beliau
tidak dapat di’hubungi kerana telefon bimbitnya hilang ketika kemalangan
berlaku.
“Saya tidak lari atau
takut sama sekali. Sebaliknya, telefon bimbit saya telah hilang sewaktu
kemalangan berlaku. Saya sangat terkilan kerana pada waktu kami dalam kesusahan
begitu, ada yang datang dengan cara ingin membantu tetapi rupa-rupanya punya
agenda mahu mencuri”
Syazwan Zulkifli juga
melahirkan rasa kesal apabila ada segelintir peminat yang menyebarkan kisah
yang beliau bercinta dengan Nabila Huda hanya kerana mereka terlibat dalam satu
kemalangan yang sama.
“Hanya kerana
kemalangan itu, ada peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang
akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan (As’ari).
Takkan disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh
bercinta”
Selain itu, pelakon
Jodoh Itu Milik Kita ini juga berasa kesal dengan tuduhan tidak berasas
sesetengah pihak yang mengatakan beliau mabuk ketika memandu sekaligus menjadi
penyebab kemalangan Ahad lalu.
“Secara logik,
takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam
kereta,” tambahnya yang mengakui masih rasa bersalah terhadap Nabila Huda &
anaknya.
No comments:
Post a Comment