29 September 2013

Security Yang Ditendang Isteri Mat Yo Dapat 'Sport Car'




Azman Mohd. Nayan atau Pak Man hanyalah seorang pengawal keselamatan biasa di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang, Selangor. Namun sejak video kontroversi dia dimaki dan ditendang seorang isteri pemain bola sepak terkenal baru-baru ini, nampaknya ‘graf’ simpati orang ramai terhadapnya dari seluruh negara semakin meningkat.

Sebab itu tidak hairanlah, kelibatnya menjadi tumpuan setiap penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu pada setiap hari. Buktinya, setiap hari ada saja yang ingin bergambar dengan pengawal berusia 49 tahun ini. Inilah yang dikatakan setiap yang berlaku pasti ada ‘hikmahnya’.


Ternyata di muka bumi ini, wang atau gelaran saja bukan tidak mungkin dapat membeli maruah dan kehormatan orang. Insaflah, hari ini kita mungkin ‘di atas’, kita mampu memiliki apa saja dengan kedudukan dan wang ringgit yang kita ada, tetapi esok lusa belum tentu.


Allah itu Maha Adil, Maha Kaya.

Bak kata M. Nasir…hidup dan nasib ibarat ‘roller-coster’….susah dan senang bersilih ganti. Syabas Pak Man! kini dia telah dihadiahkan sebuah kereta mewah oleh seorang usahawan.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...