Komposer Julfekar
Ahmad Shah meminta penyanyi Farawahida agar tidak memburukkan namanya
memandangkan kedua-dua mereka tidak lagi bekerjasama dalam industri muzik
tempatan. Julfekar, 49, yang merupakan bekas majikan wanita itu berkata, dia
pelik apabila Farawahida menuduhnya melemparkan kata-kata kurang manis menerusi
status di Facebook sedangkan ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun.
"Selama ini
setiap kenyataan saya di media mahupun status Facebook yang dimuat naik tidak
pernah menyebut namanya mahupun individu lain.
"Ikut suka
sayalah nak tulis apa sekalipun! Kenapa dia nak terasa? Sekarang ini saya tak
cakap apa-apa pun berkaitan dengannya. Dia saja yang selalu menyebut nama saya
di media," katanya.
Status Julfekar di
Facebook yang menjadi kontroversi itu antara lain meminta seseorang agar tidak
berlagak baik selain tidak bersikap hipokrit. Rabu lalu sebuah akhbar
melaporkan Farawahida reda dengan tohmahan yang dibuat oleh komposer terbabit
dan berharap nama mereka tidak dikaitkan lagi memandangkan dia bakal mendirikan
rumah tangga.
Sementara itu,
Julfekar turut berasa pelik apabila Farawahida membuat kenyataan dia telah
memaafkan perbuatannya itu.
"Siapa yang
minta maaf kepada siapa sebenarnya? Sebelum ini, saya telah menarik kes saman
saya terhadapnya selepas dia telah meminta maaf kepada saya di depan hakim. Dan
sekarang ini dia bangkitkan cerita lama kononnya dia sudah maafkan saya. Jangan
sampai saya mengambil tindakan sekali lagi terhadapnya," tegas Julfekar.
Hubungan kedua-dua
pasangan itu menjadi keruh apabila Julfekar mendakwa Farawahida telah melanggar
kontrak dengan syarikatnya, Millenium Art Sdn Bhd (MASB). Kemelut yang melanda
mereka berterusan apabila Farawahida membuat laporan polis atas dakwaan
komposer itu mengugut mahu menyebarkan video serta gambar lucahnya.
Julfekar turut
memfailkan saman ganti rugi sebanyak RM436,700 terhadap Farawahida pada 27 Ogos
lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam namun Julfekar telah menarik balik kes itu.
Artikel Berkaitan
No comments:
Post a Comment