Mudah termakan umpan
apabila dijanjikan pelbagai kemudahan dan harta benda. Itu antara punca
golongan belia mudah terpengaruh dengan ajaran Syiah. Mufti Negeri Kedah, Datuk
Muhamad Baderuddin Ahmad berkata, faktor ajaran syiah yang membenarkan
perkahwinan mutaah juga menjadikan golongan muda mudah tertarik dengan ajaran
itu.
Terdahulu beliau
merasmikan penutup seminar menangani isu-isu Syiah di Malaysia, peringkat
Institusi Pengajian Tinggi, IPT Zon Utara, Di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Seminar
itu dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah dengan kerjasama universiti
utara Malaysia, UUM.
Golongan muda,
katanya perlu mempunyai ilmu yang kental dan kefahaman yang mendalam mengenai
ajaran Syiah yang terpesong serta tidak mudah terjebak. Seramai 100 pelajar IPT
awam menyertai seminar dua hari ini. Dengan pengisian kertas kerja mengenai
bahaya ajaran Syiah yang disediakan Universiti Utara Malaysia, angkatan Belia
Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Kedah.
Beliau turut menegaskan masih ada beberapa
pengikut Syiah di Universiti Utara Malaysia (UUM) tetapi sukar dikesan kerana
mereka tidak menonjolkan diri lagi. Mereka kini bergerak secara senyap berbanding dua tahun
lalu yang dapat dilihat dengan jelas dan nyata.
Beliau berkata,
berikutan pendedahan meluas media sejak kebelakangan ini, pengikut fahaman itu
tidak lagi menonjolkan diri dan bercampur dengan warga kampus seperti biasa.
“Memang masih ada
seorang dua pengikut Syiah di UUM. Agak sukar nak pantau sebab tidak dapat
melihat pergerakan mereka seperti dahulu. Mereka memang pandai berlakon dan
agak sukar untuk mengenali kerana aktivitinya dilakukan secara bersembunyi,”
katanya.
Menurutnya,
kebanyakan fahaman itu hanya menonjolkan diri apabila berada bersama ahli
kumpulan atau mengadakan aktiviti di tempat tertutup.
“Mereka akan
bertindak biasa jika berada di tempat umum atau bersama masyarakat,” katanya.
Menurutnya,
penganjuran seminar untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah hasil
resolusi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan pendakwah dan guru sebelum ini
membincangkan isu menangani penularan Syiah.
“Kita pilih IPT sebab
ia menjadi tumpuan atau sasaran Syiah kerana lebih bersifat bebas dan terbuka.
Ramai juga pengikut Syiah di beberapa IPT di seluruh negara dan ia perlu
dibendung,” katanya.
Marwazi berkata,
kumpulan sasaran selepas ini ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana
mereka adalah penggerak utama dan aktivis yang dekat dengan masyarakat.
“Melalui gabungan
usaha ini, kita harap pemahaman mengenai bahaya Syiah dapat disebar luas kepada
kumpulan masyarakat yang lebih besar termasuk di kawasan setempat,” katanya.
No comments:
Post a Comment