12 September 2013

Video : Kerana BODOH, Kubur Kita DIKENCING @UstazHaronDin @anwaribrahim




Tanggal 10 September 2013 adalah merupakan tarikh penting kepada umat Islam Malaysia yang menentang kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam. Mahkamah Rayuan, Putrajya telah bersidang untuk mendengar rayuan kerajaan atas keputusan mahkamah sebelum ini yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ALLAH di dalam siaran tulisan mereka. Sebelum ini Persatuan Kristian Malaysia telah gagal dalam rayuan untuk menghalang Kerajaan untuk meneruskan rayuan untuk membatalkan keputusan mahkamah.

Persatuan Kristian Malaysia berkeras untuk menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible tulisan Melayu walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. Mereka menang dalam permohonan pertama mereka di mahkamah yang telah di bantah oleh kerajaan. Mereka terus memperjuangkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dengan berbagai alasan walaupun mereka sedar bahawa ALLAH milik Islam dan jika mereka menang bencana mungkin melanda Malaysia. Adakah bencana ini yang mereka harapkan??

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.



Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Ustaz Fauzi Asmuni.



Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Anwar Ibrahim memang aku tak sokong 1000 %. Kalimah ALLAH melangkaui ideologi politik bukan untuk mencari pengaruh tetapi menjaga tauhid anak cucu cicit kita ketika kita sudah tiada di alam dunia ini. Dalam video ini bukan Islam boleh ketawa apabila Anwar Ibrahim merendahkan Muslim yang menentang penggunaan kalimah Islam oleh bukan Islam. Jangan pula anak cucu cicit kita KENCINGKAN kubur kita, kerana kebodohan dan ketaasuban datuk nenek mereka terhadap kuasa….

Wallahualam….


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...