09 September 2013

Ayuh Ramai-Ramai Ke Mahkamah, PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH




Menjelang perbicaraan terakhir kes penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam esok, masih ada puak-puak yang mengeluarkan 'fatwa' songsang semata-mata mahu menyokong penggunaan kalimah Allah untuk semua. Paling sedih, orang yang keluar fatwa ini pula mengaku Islam.

Antara yang disebut puak-puak ini ialah: "Allah itu satu dan satu satunya tuhan untuk sekalian umat dan alam semesta, Ini la yang terjadi apabila desperate nak dapat undi sampai lupa Allah itu ialah tuhan untuk semua dan bukannya untuk umat Islam sahaja."


Ada yang juga sebut: "Dalam bible,dalam taurat, dalam zabur nama Allah itu ada, untuk kita adalah quran. Kalau masih nak baca bible silakan."

Saya bukan golongan alim ulama tetapi saya hendak beritahu kepada puak-puak ini bahawa hanya satu agama sahaja yang Allah SWT terima iaitu Islam. Jadi kalau bukan Islam hendak sangat guna kalimah suci Allah, sila masuk Islam.

Kepada puak-puak ini, majoriti umat Islam tidak akan sesekali reda ada golongan yang mahu mempermainkan kalimah Allah termasuk memaksudkan Allah itu 'trinity' atau menganggap 'Allah itu beranak dan diperanakkan'.

Selagi hayat masih ada, kami tidak akan pernah rela. Kepada yang lapang, ayuh ke mahkamah. Bersama kita bersatu pertahan kalimah Allah. Allahuakhbar!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...