Walaupun
prestasi begitu corot dalam Pilihanraya yang lepas, parti itu nampaknya masih
tidak serius untuk melakukan perubahan dan pemulihan. MCA masih lagi membawa pendekatan yang sama
seperti sebelum pilihanraya iaitu santai dan tidak bersungguh-sungguh.
Sehingga
ke hari ini, selain dari usaha ‘membina imej Perdana Menteri 1Malaysia yang amat mesra Cina’, MCA tidak punya sebarang idea bernas untuk menarik kembali sokongan
kaum Cina terhadap Barisan Nasional. Sebaliknya, apa yang dapat dilihat
hanyalah usaha MCA untuk ‘meng-DAP-kan’
BN semata-mata.
Namun,
ini tidak bermakna yang MCA tidak aktif berpolitik. MCA masih aktif dengan politik dalaman parti.
Baru-baru ini, Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bertengkar secara
terbuka dengan timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai. Soi Lek menuduh Liow mendesaknya
melepaskan jawatan dan desakan itu dibuat sebanyak 3 kali.
Liow
menempelak menuduh Soi Lek sebagai keterlaluan dan mengingatkan Presidennya itu
bahawa kesabaran beliau mempunyai had. Menurutnya, Soi Lek telah berjanji
sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi parti pada 11 Mei bahawa beliau tidak akan
bertanding dan akan menyerahkan jawatan kepadanya.
Kita
tidak tahu siapa yang berkata benar tetapi kita tahu bahawa pertikaman lidah
antara kedua mereka tidak akan membawa kebaikan kepada parti mahupun ahli-ahli
MCA. Rakyat juga melihat krisis kepimpinan di dalam MCA ini sebagai jelik dan
membosankan.
MCA
sering melihat dasar-dasar UMNO sebagai punca orang-orang Cina tidak menyokong
BN. Walhal, faktor yang lebih utama yang menjadikan MCA semakin tidak relevan
di kalangan masyarakat Cina ialah masalah kepimpinan. MCA tidak mampu menjadi
pemimpin kepada masyarakat Cina sebaliknya sering kalah kepada asakan DAP yang
membawa aspirasi bertentangan dengan semangat nasionalisme dan patriotisme.
Tidak
mampu menentang DAP, MCA sedikit demi sedikit menerima pemikiran DAP. Ini menjadikan parti tersebut bertambah lemah
sehingga hampir lenyap sama sekali.
Untuk
terus relevan di kalangan masyarakat Cina dan di masa yang sama menepati
aspirasi nasional, MCA perlu mempunyai pemimpin yang mempunyai visi dan hala
tuju yang jelas selain keperibadian yang teguh.
Sesuai
dengan sikap masyarakat Cina yang perlu dipimpin dengan cara yang tegas,
seorang pemimpin MCA harus punya kaliber dan karisma yang tinggi agar mampu
menarik masyarakat Cina agar menghormatinya, mendengar katanya serta mengikut
rentaknya. Beliau perlu berani
meletakkan Malaysia dahulu dan Cina kemudian.
Beliau
tidak boleh melihat yang beliau perlu memilih untuk menjadi Cina atau untuk
menjadi orang Malaysia sekali gus mampu menerapkan perkara yang sama di
kalangan ahli-ahlinya.
Untuk
itu, beliau sendiri perlu terlebih dahulu percaya kepada pendekatan ini serta
tidak bersifat hipokrit. Pendek kata, Presiden MCA harus meletakkan semangat setia
kawan yang termeterai dengan UMNO dan MIC suatu ketika dahulu, di tempat paling
tinggi. Hanya dengan cara ini maka MCA mampu maju ke hadapan dan bukannya
terumbang ambing mencari pegangan.
Jika
lidah rasmi MCA iaitu The Star juga seolah-olah sudah menjadi lidah tidak rasmi
DAP, maka tidak salah jika kita menganggap yang MCA sebenarnya sudah pupus atau
sudah mati.
Jelas,
Chua Soi Lek telah gagal menjadi Presiden MCA yang berkesan. Akhir-akhir ini, MCA dilihat tidak lagi
membawa semangat setia kawan yang sama seperti dahulu, tetapi lebih cenderung
untuk bersuara senada dengan golongan yang menyanjung komunis, rasis dan cauvinis. Roh MCA sudah dirasuk DAP.
Hakikatnya,
MCA tidak mungkin dapat pulih kembali selagi ia membawa aspirasi DAP. Justeru,
Soi Lek perlu bersara bagi membolehkan MCA melantik kepimpinan baru yang mampu
menghayati perjuangan asal parti. Hanya dengan cara ini maka MCA akan kekal
relevan dalam arus politik negara.
No comments:
Post a Comment