'Puteri
Untuk Umno dan Puteri Harapan Umno' menjadi slogan Mas
Ermieyati Samsudin dalam pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Puteri Umno
pada pemilihan parti Oktober ini.
Ketua Puteri Umno
Melaka itu yang telah menawarkan diri bertanding jawatan itu berkata slogan itu
diharap dapat menjadi pendorong kepada anggota Puteri di seluruh negara supaya
bersama-sama memperjuangkan agenda parti demi rakyat.
"Pemilihan parti
bulan depan akan ditentukan 100,000 ahli Puteri di seluruh negara dan saya
lihat Puteri perlu balik semula pada perkara asas dengan menyebut tentang
keahlian dan semangat perjuangan parti," katanya kepada pemberita selepas
tayangan filem 'Tanda Putera'.
Katanya pergerakan
itu juga perlu memberikan tumpuan menarik golongan muda untuk bersama-sama
dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada masa depan. Beliau juga berharap
semua pihak dapat bersaing secara sihat tanpa menimbulkan sebarang isu yang
boleh menjejaskan parti.
No comments:
Post a Comment