Ada
Udang Disebalik Batu
Pengkhianat
didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan
yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama. Apakah
pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan
harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata?
Themistocles,
salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi
seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan
dasar-dasar populis beliau. Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480
S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera
Persia ada 700 kapal.
Themistocles
sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan
bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi
pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di
kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka.
Pengkhianat
tersebut memberitahu tentera Persia bahawa tentera Yunani amat tidak tersusun
serta wajar menyerang Yunani melalui tepi pantai pada waktu pagi secara serang
hendap. Tentera Persia mempercayai nasihat pengkhianat berkenaan dan bertindak
melulu menyerang tepi pantai Yunani. Namun, tentera Yunani menyerang balas dan
berjaya menghapuskan tentera Persia.
Pengkhianat
sebegini sering menyalurkan rahsia kepada musuh, seperti lokasi dan kelemahan
dalaman. Dikuasai keinginan yang tamak haloba, mereka hendak berada di pihak
yang menang untuk mendapatkan kekayaan, pangkat dan kedudukan yang berkuasa
ataupun peluang peribadi untuk membalas dendam. Sekiranya tujuan sebenar
pengkhianat ini tidak dikenal pasti, maka mereka kadangkala disambut sebagai “wira”. Contoh masa kini termasuk
Edward Snowden dan Bradley Manning.
Akan
tetapi, apakah yang berlaku jikalau seorang pemimpin peringkat negeri pergi ke
luar negara di bawah tugas rasmi (yang sepatutnya bertemu para pelabur berpotensi serta
rakan-rakan perniagaan) mencemarkan imej negaranya sendiri, padahal beliau
sepatutnya mengharumkan nama negara dengan menaikkan keyakinan pelabur asing.
Pemimpin
yang tidak bertanggungjawab ini diiringi oleh delegasi rasmi negeri yang kebetulan sama dengan misi pelaburan
MIDA ke Hong Kong dan China yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Dalam ucapan yang diberikan oleh Ketua
Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng kepada warga Pulau Pinang yang berada di
Hong Kong, beliau berkata:
Perdana Menteri hanya boleh meyakinkan rakyat tentang keikhlasan beliau dan keperluan untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 billion setahun dengan mengimplementasikan tender terbuka yang kompetitif dan menangani rasuah yang akan menjimatkan RM51 billion setahun.Tanpa tindakan susulan, ini menunjukkan tahap komitmen kerajaan persekutuan terhadap rasuah dan rakyat akan mudah melihat keikhlasan palsu kerajaan pusat dan kemestian penipuan untuk mengurangkan kos.”Tidak dinafikan ini adalah pengenalan yang sangat negatif untuk satu ucapan yang seharusnya fokus kepada objektif untuk MENARIK minat pelabur asing ke Malaysia, amnya dan Pulau Pinang, khususnya. YAB Lim Guan Eng sengaja melakukan sabotaj terhadap misi MIDA untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelabur dan perniagaan utama.
Keduanya,
pemimpin itu menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan
pusat sebagai “tiada
keikhlasan” dan “kemestian untuk menipu”
untuk mengurangkan kos.
Bagaimanakah
“pengakuan” sebegitu mampu menaikkan tahap persaingan Pulau Pinang dan Malaysia di
peringkat antarabangsa? Adakah mana-mana pelabur yang tidak gila akan mahu
melabur di Malaysia setelah mendengar ucapan beliau ini?
Lim
Guan Eng sepatutnya menjustifikasikan kegunaan wang negeri untuk ke luar negara
dengan delegasi beliau dan mengutuk kerajaan Malaysia di negara asing walhal
misi asli sewajarnya adalah untuk menarik minat pelabur untuk meluaskan
perniagaan dan pelaburan di Malaysia.
Setelah
itu, dia menyambung pula:
Mengapa rakyat khususnya yang berpendapatan rendah harus membayar RM3.3 billion setiap tahun dalam kenaikan harga bahan bakar petrol jika tiada tindakan diambil terhadap para politikus yang mencuri duit negara sebanyak RM51 billion setahun? Dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13 berdasarkan kecekapan fiskal dan dasar anti rasuah kerajaan Pakatan Pulau Pinang dan Selangor telah berjaya menjimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak 25% yang didapati daripada pemberian kontrak kerajaan.”Pendirian sebegini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan Persekutuan dalam menegakkan peraturan dan undang-undang dalam negara kita. Ini merupakan perbuatan yang sengaja untuk memalukan nama Malaysia di mata dunia. Perbuatan ini sangat tidak beretika sekali. Mengapa beliau bertindak demikian adalah satu persoalan yang wajib dijawab oleh para penyokong DAP dan Pakatan.
Beliau
turut memfitnah kerajaan pusat lagi, dengan berkata:
Taktik perkauman dan extremis digunakan dengan jayanya untuk mengelak daripada menangani masalah-masalah sebenar negara, iaitu jenayah, rasuah, peningkatan tahap hutang kerajaan dan individu serta penurunan tahap pendidikan negara, produktiviti dan kemahiran tenaga kerja Malaysia.
Di
Hong Kong, ramai pelabur telah berkata 4 faktor ini telah menjadikan Malaysia
kurang menarik minat pelabur, malah menjadi kurang daya saing. Ketua Menteri
Lim Guan Eng harus menjelaskan mengapa beliau terus memperlekeh dan memalukan
negara kita dengan merosakkan imej negara kita di peringkat global. Barang
siapa yang normal status mentalnya tidak akan memburuk-burukkan imej baik dan
nama harum Malaysia di persada antarabangsa.
Apakah
tujuan dan matlamat beliau ke luar negara di bawah tugas rasmi untuk memberitahu
pelabur tentang keburukan Malaysia yang KURANG MENARIK
serta KURANG
KOMPETITIF?
Ketua
Menteri yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menuduh kerajaan pusat
sebagai “penny wise, pound foolish” dalam erti kata pepatah Inggeris dan memainkan sentimen perkauman, keagamaan
dan ekstremisme, beliau memberikan impresif dan impak yang negara Malaysia
tidak selamat dengan mempersoalkan keupayaan pasukan polis dengan
memperolok-olokkan bahawa hanya 10% daripada jumlah pasukan keselamatan negara
yang terlibat dalam kerja-kerja penyiasatan sahaja.
Lim
Guan Eng yang seharusnya patriotik dan patut mengetengahkan potensi negara dan
sumber alam semula jadi yang kaya dan melimpah ruah telah dengan sengaja
menuduh kerajaan cuai dan perlu meminjam wang dari luar negara untuk
berbelanja.
Beliau
juga menuduh secara hentam kromo kerajaan pusat gagal untuk melabur dalam
bidang pendidikan yang berkualiti. Ini jelas berlawanan dengan semangat Dasar
Pendidikan Negara serta “Malaysian Education Blueprint 2013-2025” yang
baru-baru ini diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Saya
menyeru Lim Guan Eng menunjukkan data FDI (Foreign Direct Investment) untuk
Pulau Pinang untuk tempoh masa dari March 2008 semenjak beliau menjadi Ketua
Menteri sehingga kini, berapa banyak pelaburan yang telah masuk dan apakah
hasil-hasil pelaburan tersebut. Sekiranya TIADA keputusan positif dari pihak
beliau, Ketua Menteri yang bergelar “Tokong” ini harus membayar balik segala
perbelanjaan ke Hong Kong dari poket beliau sendiri., selari dengan “falsampah”
CAT. Adalah amat tidak rasional dan masuk akal untuk beliau berkata demikian
terhadap PM kita.
Lim
Guan Eng begitu berbangga dengan status Pulau Pinang yang lebih bersih dan
hijau serta mempunyai tahap pendidikan berkualiti tinggi. Bagaimana dengan
bidang hartanah di Pulau Pinang yang semakin di luar kemampuan penduduk Pulau
Pinang sendiri? Adakah beliau ingat Pulau Pinang mempunyai bidang autonomi dan
kuasa sendiri? Adakah beliau ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau untuk
orang kaya sahaja seperti Singapura, Hong Kong dan Monaco?
Tidak
sah lagi CAT (“Cocky Arrogant Tokong”)
ini mempunyai penyakit kurang patriotik dan kurang cintakan negara. Dalam
ucapan yang lepas di Hong Kong Correspondents Club pada 9 Oktober 2012, beliau
turut memberikan imej yang amat negatif untuk Malaysia.
Sila
tengok video ini : Klik Sini
Apakah
agenda sebenar beliau, hanya Tuhan yang tahu.
Kita
rakyat Malaysia yang patriotik sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini
menyeru Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang maha
berkuasa untuk merenung dan mencermin sendiri serta melakukan muhasabah diri
sebelum mengutuk Perdana Menteri, barisan kabinet dan kerajaan persekutuan.
Ingatlah
wahai Lim Guan Eng, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah
juga.”
No comments:
Post a Comment