12 September 2013

‘Hadiah Untuk Si Mati’ Ustaz Sham Kamikaze Di Maki ‘WAHABI’ @ShamKamikaze




Malang menimpa nasib Sham Kamikaze apabila beliau telah dihentam kerana slot ceramahnya di TV-Al-Hijrah yang dilihat langsung tidak sependapat dengan pandangan pendengar. Sham Kamikaze yang mengisi slot tazkirah yang bertajuk “Hadiah Kepada Si Mati” telah mengemukakan hujah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-Quran tidak sampai kepada 'si mati'.

Bekas pemain gitar kumpulan rock ini menyatakan…,

Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-Quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang Nabi (s.a.w) buat? Nabi (s.aw) apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum..

Berikutan itu, bekas artis ini telah mula dihujani kata cacian oleh ramai pelayar siber yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut di dalam laman Facebook beliau.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...