14 September 2013

Sindiket Urut Batin Di Bukit Bintang, Diserbu



Bukan setakat urut batin, mereka turut tawarkan khidmat urut bogel
Limpahan pusat refleksologi di sepanjang Jalan Bukit Bintang seolah-olah bukan sahaja tidak di pantau malahan semakin menjadi-jadi. Selain berani menawarkan khidmat seks secara terbuka, mereka turut melanggar syarat perniagaan dengan beroperasi selama 24 jam.




Mungkin kenyataan itu antara sebab pemilik premis seolah-olah tidak gentar dengan undang-undang. Saman dan kompaun dianggap satu permainan yang tidak langsung menjejaskan perniagaan mereka.

Dalam serbuan bahagian perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL, malam tadi 24 premis urutan tradisonal dikesan menjalankan perniagaan lebih masa. Ada yang menggunakan khidmat warga asing yang berpakaian seksi.


Dan ada yang menyalahgunakan lesen refleksologi kaki dengan menawarkan khidmat urutan batin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...