14 September 2013

Video : Pertahankan Syiah Dan Liberalisme @anwaribrahim @abdulhadiawang @UstzHaronDin



Kebebasan berfikir dapat membela dan mempertahankan pengikut Syiah untuk mengamalkannya di Malaysia. Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar berkata, dasar liberalisme amat penting untuk Malaysia kerana dapat menjamin kebebasan orang ramai.

"Saya menegaskan liberalisme ini sangat penting untuk negara dan perlu diperkukuhkan kerana menjamin kebebasan untuk wartawan dan akan mempertahankan orang Syiah dan ahli sunnah wal jamaah.


"Kita mesti pertahankan hak orang Syiah" untuk mengamalkan di Malaysia," katanya pada Forum : Siapa Rampas Reformasi? di Dewan Perhimpunan Cina di sini malam tadi.

Jelas Khalid , untuk meluluskan undang-undang perdebatan mestilah dijalankan sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Eropah pada 200 tahun yang lalu. Katanya, masyarakat di beberapa buah Negara barat seperti Benua Eropah dan Amerika Syarikat tidak disekat untuk mengikut mazhab atau fahaman masing-masing.

"Kita mesti memulakan perdebatan ini, kena faham undang-undang tidak akan diluluskan, undang-undang ini secara sosiologi prosesnya merubah (public of opinion) baru dapat merubah, tak berubah public of opinion tak berubah undang-undang.

"Jika individu seperti Ayah Pin mahu memperkenalkan mazhab di Amerika Syarikat sekalipun, ianya tidak menjadi masalah kerana ianya berlandaskan perlaksanaan dasar kebebasan berfikir," ujarnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...