13 September 2013

Perwakilan India Memberontak, Fail Injunksi Pemilihan CEC @cmlimguaneng @dapmalaysia



Mengapa ahli dan perwakilan India dalam DAP memberontak???

Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass mendakwa telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang akan diadakan pada 29 September ini.

Dass dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini memberitahu, beliau telah memfailkan permohonan injunksi terbabit selepas menerima notis berhubung pemilihan khas tersebut.


Permohonan injunksi itu dikemukakan atas alasan pemilihan khas tersebut adalah bertentangan dengan perlembagaan parti berkenaan. Bagaimanapun sehingga petang ini, pihak media tidak diberikan salinan dokumen permohonan terbabit.

Dass yang hadir dengan dua lagi individu dipercayai penyokongnya turut menuntut agar pada tarikh tersebut satu mesyuarat kongres diadakan dan bukannya pemilihan CEC. Menurut laporan akhbar sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh membayangkan bahawa pemilihan semua jawatankuasa itu akan diadakan awal November ini.

Karpal dalam kenyataannya menyatakan mereka yang akan mengundi pada pemilihan semula itu terdiri daripada perwakilan mengikut senarai 2008 kerana delegasi 2012 pada Disember lalu dikatakan tidak sah.

Pada 14 Ogos lalu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengumumkan DAP akan mengadakan semula CEC seperti yang diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) setelah siasatan mendapati pemegang-pemegang jawatan dalam pemilihan Disember lalu tidak sah.

Isu kepincangan keputusan pemilihan CEC bermula pada 4 Januari lalu apabila Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng secara tiba-tiba mendedahkan terdapat 'kesilapan teknikal' sewaktu penjumlahan undi iaitu 19 hari selepas keputusan diumumkan.

Selepas kesilapan diperbetulkan, keputusan berubah apabila Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari yang tewas pada mulanya setelah menduduki tempat ke-39 dengan menerima 305 undi, melonjak ke tempat ke-20 dengan undian sebanyak 806, sekali gus menjadi calon Melayu tunggal yang terpilih dalam senarai CEC.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...