Keadaan mayat mangsa, sebelum dibawa untuk bedah siasat |
Seorang penuntut
sebuah kolej swasta di ibu negara mati selepas terjatuh dari tempat letak
kereta di tingkat atas sebuah pusat beli-belah di Georgetown, Pulau Pinang. Mangsa,
Liew Jing Harn berusia awal 20-an adalah penuntut sebuah kolej swasta di ibu
negara.
Sebelum kejadian, Harn
berjumpa dengan ibunya yang bekerja di pusat beli-belah berkenaan dan meminta
maaf. Dan dilaporkan terjatuh dari tempat letak kereta jam 10 malam tadi. Harn
kini sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat elektrik di Pulau Pinang.
Mayat dihantar ke
hospital pulau pinang untuk bedah siasat. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah,
Timur Laut, Superintenden Ismail Idris yang dihubungi mengesahkan kejadian ini.
Empat hari lalu,
mangsa cuba bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya. Dia bertindak
begitu kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan.
No comments:
Post a Comment