09 September 2013

Bila Pak Lawak, Rasa Dirinya Ulama.... Kah Kah Kah Kah @nikabdulaziz @PASPusat




Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak tergugat dengan sokongan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya seorang ulama menjadi timbalan presiden parti dalam pemilihan parti akan datang.

“Anda perlu membaca keseluruhan konteks kenyataan beliau. Beliau bercakap secara umum dan tidak merujuk kepada saya atau sesiapa,” kata Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.


Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Sabtu melaporkan bahawa sokongan Nik Aziz merupakan tambahan kepada pelapis kepada penyandang jawatan Presiden PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan seorang ulama, untuk mengekalkan jawatannya.

Walaupun perkara mengenai pelapis itu dilihat tidak begitu baik untuk Mat Sabu yang bukan seorang ulama, namun Mat Sabu mempertahankan bahawa tidak timbul isu ulama atau bukan ulama dalam parti.

“Dalam PAS, semua orang adalah ulama. Ia sama ada anda mempunyai lebih banyak atau kurang pengetahuan dalam agama, itu sahaja,” katanya.

Mat Sabu turut berkata, beliau percaya beliau dapat mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti pada November ini.

Ps : Siapa percaya.. Mat Sabu Adalah Ulama... tolong angkat tangan.. sebab aku nak gelak, guling-guling.. kah kah kah kah kah kah.....
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...