09 September 2013

Kerajaan BN Tetap Pertahan Kalimah ALLAH



Walaupun Pas Dakwa Mereka Pejuang Islam, Namun Mereka Akur Dengan Tuntutan Kristian Untuk Guna Kalimah Allah
Apabila penggunaan perkataan "Allah" akan di bawa mahkamah pada Selasa depan, kerajaan Malaysia akan berhujah bakal berlakunya kecelaruan umum sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan bukan Muslim menggunakan perkataan itu.

Dalam afidavit, Putrajaya akan menggunakan insiden serangan ke atas beberapa gereja sebagai contoh termasuk penghinaan kepada masjid dengan tindakan meletakkan kepala babi yang mana akan mewujudkan ketegangan jika mahkamah mengulangi keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan "Allah".


Strategi itu dijangka akan menimbulkan kritikan seperti pada 2009 selepas kerajaan gagal menggunakan pendekatan terhadap komen beberapa kumpulan yang menimbulkan ketegangan selepas keputusan mahkamah.

Pada Selasa, peguam yang mewakili kerajaan juga akan mengkritik hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan, dengan mengatakan beliau silap dengan membenarkan akhbar mingguan Herald, menggunakan perkataan Allah dalam edisi Bahasa Malaysia. Gereja Katolik dijangka bergantung kepada 10 perkara penyelesaian ditawar kerajaan pada 2011 untuk menyelesaikan isu ini.

Antara isi kandungan 10 penyelesaian itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2011 menetapkan kerajaan menerima Bible dalam bahasa Indonesia dan Malaysia, mengandungi perkataan Allah boleh diguna pakai, import, termasuk dicetak dalam negara ini.

Peguam juga akan menegaskan 10 perkara itu adalah bagi menyelesaikan perkara yang berterusan sejak sekian lama. Mereka juga akan berhujah penggunaan nama Allah di kalangan penganut Kristian berbahasa Malaysia, terutamanya mereka di Sabah dan Sarawak.

Peguam bagi Gereja Katolik akan mengemukakan bukti pada kurun ke-16 yang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan.

Perkara ini menjadi perhatian pada 2008 selepas Menteri Dalam Negeri mengugut untuk menarik balik permit Herald kerana menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan. Ia kemudiannya menyaksikan Gereja Katolik mengemukakan saman kepada Putrajaya kerana melanggar hak Perlembagaan.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan gereja dibenar menggunakan perkataan itu dan menarik balik larangan Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, mahkamah memutuskan gereja mempunyai hak mereka menggunakan perkataan berkenaan dalam penerbitan mereka atas dasar agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan aman dan harmoni.

Hakim juga mendapati walaupun Islam adalah agama rasmi, ia tidak membolehkan kerajaan untuk menghentikan gereja daripada menggunakan perkataan itu dalam penerbitan mereka. Lau berkata Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan membenarkan gereja menggunakan perkataan Allah kerana ia adalah amalan kebebasan bersuara.

Tambahnya perkataan Allah boleh diguna oleh bukan Islam berdasarkan Artikel 11 Kristian boleh mengamalkan hal ehwal urusan keagamaan mereka. Pihak berkuasa kerajaan negeri Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Kedah dan Selangor dan Persatuan Cina Muslim dinamakan sebagai pihak perayu.

Peguam mereka akan menyokong pendirian Putrajaya. Mereka juga akan mengetengahkan perkara itu tidak seharusnya diputuskan mahkamah sivil kerana ia adalah hal ehwal keagamaan. Bulan lalu Gereja Katolik gagal untuk mengetepikan rayuan Putrajaya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...