14 September 2013

Konflik Syria : Rusia Bersedia Perang




Menurut agensi berita Russia Interfax, kuasa besar tersebut telah memulakan pelan bagi menempatkan kapal anti kapal selam dan pelancar peluru berpandu di Mediterranean Timur bagi berdepan dengan tindakan AS dan sekutunya di Eropah


Moscow menentang keras sebarang serangan terhadap Syria melalui kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov dengan berkata sebarang tindakan kritikal terhadap Syria akan menimbulkan ketegangan di rantau tersebut. Moscow juga mengingatkan serangan terhadap Syria tanpa mendapatkan kelulusan dari PBB, akan dikira sebagai melanggar peruntukan piagam PBB dan norma undang-undang antarabangsa yang lain.

Selain Russia, China dan Iran turut memberi amaran terhadap sebarang cubaan campur tangan AS dan kuasa asing yang lain terhadap Syria. Dalam perkembangan yang sama, Britain telah menggerakkan 6 buah pesawat tempur typhoon mereka ke pengkalan tentera di Akrotiri ,Cyprus walaupun Parlimen negara tersebut menolak sebarang campur tangan dan penglibatan tentera Britain dalam konflik Syria.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...