14 September 2013

Bintang Bola Argentina, Pablo Aimar Sah Milik JDT




Pemain bola sepak antarabangsa, Pablo Aimar dilaporkan telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Kehadiran pemain itu amat dinanti-nantikan para penyokong setia skuad “Harimau Selatan”, pastinya akan menghangatkan lagi kancah bola sepak tempatan

Menariknya bekas pemain antarabangsa Argentina berusia 34 tahun itu diperkenalkan pada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu majlis yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada Sabtu 14 September 2013


Aimar pernah menyarung jersi beberapa kelab bola sepak terkemuka Eropah seperti Valencia, Real Zaragoza, and Benfica. Difahamkan Pablo Aimar bakal menyarung jersi nombor 10 JDT bagi mengharungi saingan Liga Super Malaysia musim depan(2014).
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...