06 September 2007

Sayuti Omar, SMS dan Gurauan


Malam semalam penulis menerima satu SMS dari seorang sahabat yang mengatakan beliau ternampak kelibat Mohd Sayuti Omar, penulis undangan Malaysia Today masuk ke rumah pelacuran di belakang Mati, Jalan Chow Kit. Lebih kurang 1 jam kemudian baru ternampak kelibat beliau keluar dari rumah pelacuran itu dalam keadaan yang mencurigakan.

Untuk mengelakkan sebarang fitnah sahabat penulis telah pergi ke rumah pelacuran tersebut untuk menyelidiki apa sebenar yang terjadi. Hasilnya, sahabat teman dimaklumkan bahawa beliau telah melanggan salah seorang pelacur di situ dengan bayaran sebanyak RM30.00.

Tidak beberapa lama kemudian penulis menerima satu lagi SMS dari seorang sahabat yang lain mengatakan anak perempuan kepada Kamal Amir yang juga merupakan penulis tamu di Malaysia Today telah dijadikan ‘lauk’ untuk sekumpulan mat rempit sekitar Kuala Lumpur kerana memenangi satu perlumbaan haram yang diadakan pada malam merdeka.

Kedua-dua cerita di atas adalah merupakan gurauan penulis sahaja tetapi andaikata diolah dan digarap dengan baik boleh dijadikan sebagai satu modal penulisan dan dipaparkan di dalam blog untuk tatapan semua pembaca ia pasti mampu menarik keyakinan untuk mempercayainya.

Sayuti Omar juga secara tidak langsung cuba mengajar khalayak pembacanya untuk bergurau dengan menghina dan menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri seperti yang sering dipraktikan di negara barat.

Beliau cuba menerapkan satu budaya baru kepada pembacanya. Budaya yang jelas bertentangan dengan adat resam kita orang Melayu dan juga yang beragama Islam. Budaya yang jelas lebih banyak keburukan dari menjelmakan kebaikkan dan itukah yang sebenarnya cuba dibawa oleh penulis yang beranggapan dirinya tersohor itu?

Persoalan kedua yang ingin penulis bangkitkan ialah, Sayuti juga mengatakan sebagai seorang penulis veteran yang mempunyai etika kewartawanan Kamal Amir tidak akan menulis secara sambrono tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu.

Namun malangnya sebagai seorang penulis yang mempunyai intergriti dan tahu menilai baik dan buruk satu-satu keadaan, kenapakah Kamal Amir tetap menulis juga artikel tersebut walaupun dia sendiri sedar itu hanyalah khbar-khabar yang jauh dari kebenaran. Beliau hanya menulis dengan bersandarkan kepada SMS yang diterima tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu.

Dimanakah etika kewartawan yang beliau pegang selama ini, kiranya dengan hanya berpandukan kepada SMS boleh dijadikan sebagai isu penulisan. Sebagai seorang penulis veteran yang telah lama berkecimpung di dalam arena penulisan, beliau seharusnya sedar nilai sesebuah penulisan dan tahu memetik apa yang harus diguna pakai.

Di akhir artikel tersebut, Sayuti ada mengatakan laporan polis yang dilakukan oleh Datuk Yunus Rahmat itu tidak lebih kepada usaha sesetengah pihak untuk membodek Perdana Menteri.
Namun pada pendapat penulis, tindakan yang dilakukan itu amat bertepatan sekali kerana ia bertujuan untuk menyatakan kepada masyarakat dan Kamal Amir sendiri bahawa budaya menjadi Perdana Menteri dan pemimpin negara sebagai ikon gurauan tidak patut diterima pakai di negara yang penuh dengan adat ketimuran ini.

Ia juga merupakan masej kepada mereka yang ‘menentang arus’ ini, untuk sentiasa berhati-hati dengan sebarang tindakan yang diambil. Sebarang ketelanjuran yang melampau bakal mengakibatkan mereka akan menerima natijah buruk, selari dengan undang-undang negara.

13 comments:

Anonymous said...

Kepada Penulis@Barua UMNO berhentilah menjadi penjilat kerajaan... tak yah nak bodek sangat....

Anonymous said...

Ada baiknya engkau buat kerja yang lebih berfaedah daripada dok mengutuk orang tua nie...

dia dah tentu-tentu x lama lagi... engkau tue.. ada baiknya bertaubat cepat supaya tidak jadi seperti dia...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Pedulikan apa yang diperkatakan oleh mereka-mereka yang buta hati dan perut...

Jangan di layan provokasi yang diberi... Teruskan usaha u untuk menyedarkan bangsa Melayu dengan tulisan-tulisan sebegini...

Keep Up...

Unknown said...

Kepada para pengunjung di harap tidak memberikan komen yang melampau seperti mengunakan bahasa-bahasa yang kesat dan sensistif...

Terima Kasih...

Anonymous said...

Sorang lagi puak-puak pembangkang yang bodoh.... semata-mata nak cari benda murah untuk jaja keliling kampung...

Langsung x guna otak bila tulis satu-satu isu.. Teruskan usaha lanyak barua-barua tu semua..

Aku sokong tindakan kamu..

Anonymous said...

Dasat artikel kamu nie... Kalau yer pun nak tembak balik bukan begini caranya...

Gunakanlah cara yang lebih berhemah.. jangan ikut cara mereka..

Kita dalam UMNO ada cara dan pendekatan yang lebih sopan dan manis untuk menengur..

Apa pun satu percubaan yang berani... banyakan lagi maklumat dan info untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan..

Anonymous said...

Satu lagi orang tua nyanyuk yang tak guna otak... lebih kurang macam si Raja Petra yang bangsat tu... benda macam ni dia bolah kata hanya untuk buat gurau..

ludah je muka dia... biar dia tahu... yang orang dah menyampah dengan perangai dan tingkah laku dia...

Anonymous said...

Puak-puak pembangkang ni melalut sebab ada benda yang dia mintak tapi tak dapat laa tu.. cuba kasi apa yang dia nak, senyaplah....

macam raja petra nie plak, dulu masa ngan anwar bukan main lagi dengan kerajaan siap mention pasal orang melayu lah apa lah...

tapi skang dia kutuk plak umno mcm.. mesti masa mintak projek tak dapat laa tu...

dasar bodoh nya orang... cakap x serupa bikin...

Anonymous said...

Emm si sayuti ni tak habis-habis nak buat hal... aku pernah kenal dengan si sayuti ni..

pernah satu ketika semasa dia habis mengarang satu buku dan cuba mendapatkan sponsor dari UMNO.

Tapi sayang bila UMNO Malaysia tidak berminat untuk membeli, di start mengkritik kepimpinan UMNo luar dan dalam...

tapi kalau ada orang yang sumbat duit pada dia.. nescaya dia berhenti menyalak...

jangan di layan si tua mata duitan ni... biarkan dia terjun dengan labu-labunya

Anonymous said...

Saya mentah dalam politik..0 knowledge...ttp saya sedih bila Melayu bertikam lidah dengan Melayu..
Melayu perlu bersatu agar tidak menjadi Melayu Singapura.

Jangan sampai menang sorak kampung tergadai...

kepada org yang pandai berpolitik, jangan gunakan pentas politik utk mengaut keuntungan , Ingatlah insan insan yang memberi kepercayaan kepada pemimpin utk memperjuangkan hak Melayu.

Pemimpin jangan lupa diri , tamak serta menjatuhkan maruah org lain kerana itu bukannya politik ttp PENGKHIANAT BANGSA yang hanya mahukan madu...

PEMIMPIN PEMIMPIN SEKELIAN... BAGUN DAN PERJUANGKAN HAK MELAYU DAN BUKANNYA HANG INDIVIDU...Kerana Perjuangan untuk kepentingan individu adalah ANJING masyarakat

Anonymous said...

Bongkarkan aktiviti si sayuti omar dan si bodoh kamal amir.Dengar cerita si kamal dapat banyak projek khidmat negara,kalau betul bongkarkan dari siapa dia dapat projek dan kenapa si amir ni tak henti2 serang pak lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...