Laman sosial
mempunyai pengaruh yang amat besar terutamanya melibatkan perkongsian sesuatu
perkara. Namun, niat ikhlas berkongsi adakalanya disalah erti sehingga mampu
mencetuskan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Artis memang banyak
menggunakan ruang sosial Instagram untuk berkongsi gambar, tetapi adakalanya,
gambar yang dikongsi itu memakan diri mereka sendiri.
Banyak kes artis
bergaduh dengan peminat antaranya Nabila Huda dan Nelydia Senrose. Baru-baru
ini, pelakon, Ika Nabella turut menerima tempias yang sama. Gambar yang
dikongsi di Instagram telah disalah erti hingga tercetus komen menghina oleh
mereka yang mengikuti akaun Instagram pelakon ini.
Mari bertanyakan
tentang isu ini kepada empunya diri.
Apa
sebenarnya yang berlaku?
Sebenarnya, gambar
yang saya muat naik itu adalah percutian saya baru-baru ini di Krabi, Thailand.
Kemudian ada satu gambar saya ambil dalam air bersama dengan ikan, kemudian ada
komen menghina saya minta gambar saya berbogel dimuat naik.
Mungkin
pakaian Ika yang terlalu menjolok mata ketika itu?
Apa gambar yang
menjolok mata? Setahu saya, saya ambil gambar saya ketika di pantai bukannya
dengan berpakaian bikini. Malah, gambar saya sebelum ini pun bukannya ada yang
memaparkan saya memakai bikini di pantai. Saya pakai pakaian renang untuk
menyelam dan saya rasa itu pakaian yang sesuai dan tidak seksi. Saya akui saya
pun tidaklah sebaik mana tetapi saya tahu apa yang saya lakukan.
Apa
perasaan Ika ketika membaca komen itu?
Saya rasa perbuatan
mereka sangat biadab. Malah, perbuatan mereka itu ibarat penghinaan. Saya tidak
kacau pun hidup mereka. Tetapi kalau orang itu sudah biadab dengan saya, macam
mana saya hendak beradab dengan mereka.
Tidakkah
Ika merasakan tindakan memuat naik naik gambar anjing itu sebenarnya
mengapi-apikan lagi keadaan yang sedia ada?
Tidak. Saya muat naik
gambar anjing itu sebenarnya sebagai pengajaran kepada mereka yang biadab. Saya
boleh sahaja buang gambar itu tapi saya biarkan sebagai pengajaran buat mereka
supaya tidak melakukan perbuatan biadab itu lagi. Ada sesetengah orang yang
saya sudah halang dan ada yang saya biarkan. Mungkin menghentam orang tanpa
usul periksa memberi kepuasan kepada mereka, jadi saya biarkan sahajalah.
Kontroversi
imej sosial Ika sebelum ini membuatkan pandangan masyarakat menjadi stereotaip,
komen Ika?
Kalau kita tidak
kenal seseorang, kita jangan cepat melatah dan terus menghukum. Itu yang utama
sebenarnya. Kebanyakan orang yang hentam ini tidak kenal pun siapa saya secara
personal tetapi komen mereka bukan main. Sebab itu saya cakap, jangan terlalu
cepat menghukum. Orang yang kenal saya secara personal semua tiada masalah
dengan saya. Malah, keluarga saya sendiri tidak pernah menghukum atas apa yang
saya lakukan sebab mereka kenal saya dan tahu saya bagaimana.
No comments:
Post a Comment