Showing posts with label Ika Nabella. Show all posts
Showing posts with label Ika Nabella. Show all posts

17 October 2013

PELAKON FAUZI NAWAWI ADA HUBUNGAN SULIT??




Noni AF!!! Ramai yang tidak kenal dan mungkin tidak ingat pun tentang kewujudan nama ini.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut khabar angin tentang Noni AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin yang menjalin hubungan dengan Fauzi Nawawi selepas mereka rapat selepas berkenalan.

Fauzi Nawawi bukan amatur dalam gossip mempunyai hubungan sulit ini dan pastinya berita ini bukan yang pertama namun Noni AF5 tampil memberikan penjelasan tegas yang hubungan antara mereka hanya kerana kerja atau lebih formal & professional.

07 September 2013

Saya Tak Seksi, Mereka Yang BIADAP - @IkaNabella




Laman sosial mempunyai pengaruh yang amat besar terutamanya melibatkan perkongsian sesuatu perkara. Namun, niat ikhlas berkongsi adakalanya disalah erti sehingga mampu mencetuskan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Artis memang banyak menggunakan ruang sosial Instagram untuk berkongsi gambar, tetapi adakalanya, gambar yang dikongsi itu memakan diri mereka sendiri.

Banyak kes artis bergaduh dengan peminat antaranya Nabila Huda dan Nelydia Senrose. Baru-baru ini, pelakon, Ika Nabella turut menerima tempias yang sama. Gambar yang dikongsi di Instagram telah disalah erti hingga tercetus komen menghina oleh mereka yang mengikuti akaun Instagram pelakon ini.

Mari bertanyakan tentang isu ini kepada empunya diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...