14 February 2014

Gambar : Kebakaran Hutan Gunung Raba Masih Berterusan


IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak giat memadamkan api di kawasan hutan Gunung Raba, Tasik Bersia dekat Gerik yang terbakar sejak semalam.

Pengarahnya Yahaya Madis berkata sebahagian daripada kebakaran kawasan seluas 60 hektar itu telah dipadamkan.





Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi memadamkan api kerana terpaksa mengambil masa tiga hingga empat jam untuk sampai ke lokasi kebakaran.

"Kita juga terpaksa menyeberang tasik. Sebanyak 10 bot digunakan untuk membawa 170 anggota dari seluruh negeri ke kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata laporan mengenai kebakaran itu diterima pada 4 petang semalam, namun operasi hanya dimulakan pada 9 pagi ini berikutan kesukaran untuk sampai ke lokasi kebakaran.

"Kita menjangka dapat memadamkan kebakaran dalam tempoh dua atau tiga hari lagi," katanya


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...