04 February 2014

Penyanyi Waris Berlagak Dan Besar Kepala @warisn9


Ketika namanya semakin meniti di bibir peminat ekoran populariti lagu Rembau Most Wanted dan Botingkek, yang hangat diputarkan di corong radio, tiba-tiba muncul cerita mengatakan kononnya penyanyi ini berlagak dan tidak mesra media.

Pastinya berita itu mengejutkan banyak pihak kerana baru setahun jagung dalam bidang seni, jejaka yang menggelarkan dirinya Waris ini sudah menunjukkan sikap besar kepala.

Bertemu artis hip hop ini pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-28, minggu lalu, HIP tidak melepaskan peluang bertanyakan perkara itu kepada si empunya diri.

Tidak lekas melatah dengan gosip nakal sedemikian, Waris menjelaskan sikap dan dirinya tidak seperti dinyatakan dalam artikel berkenaan.

“Tiada istilah berlagak atau sombong dalam diri saya, sebaliknya saya seorang yang mudah didekati. Tetapi tidak dinafikan, raut wajah saya menyebabkan ramai menyangkakan saya sombong dan berlagak. Mungkin orang salah sangka hanya dengan melihat wajah saya,” jelas Waris atau nama sebenarnya, Muzammil Alias yang turut menolak andaian kononnya beliau mengalami kejutan budaya.

Tambah mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ini, sedikit pun beliau tidak berkecil hati dengan gosip itu dan menganggap apa yang berlaku sebagai lumrah anak seni.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...