13 February 2014

Pasangan Berkahwin Jangan Jaja Masalah Peribadi Di Laman Facebook



Kuala Lumpur: “Laman sosial facebook (FB) kini sudah jadi tempat sesiapa saja meluahkan perasaan dan lebih teruk jika pasangan suami isteri sedang berdepan masalah rumah tangga berhubung pula dengan orang yang tidak sepatutnya seperti kekasih lama di FB.



“Jadi tidak mustahil sekiranya hubungan lama terjalin semula atas dasar simpati disebabkan suami atau isteri gemar bercerita masalah rumah tangga kepada kekasih lama yang akhirnya membawa hubungan terlarang,” kata pakar motivasi dan kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultancy, Hushim Salleh.

Beliau berkata, ada pelbagai faktor menyebabkan suami atau isteri berlaku curang di FB antaranya kerana tidak mendapat layanan  daripada pasangan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk pasangan berlaku curang sebaliknya perlu mengetahui peranan mereka dalam rumah tangga dan cuba mengatasinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...