Datuk Seri Mohamed
Nazri Abdul Aziz bersetuju dengan rakan Kabinetnya, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek yang menggesa pemimpin Pakatan Pembangkang untuk memulakan cadangan di
pihak mereka terlebih dahulu bagi mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk
peruntukan wang petrol.
Menurut Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan itu, oleh kerana cadangan itu datang dari pihak PR
maka mereka yang harus melaksanakannya terlebih dahulu. Mohamed Nazri turut
menyelar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kerana cadangannya meminta menteri
dan timbalan menteri melaksanakan perkara tersebut sebagai satu cadangan bodoh.
"Budak itu
(Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat
dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah.
"Kita tidak
cadang itu. Perkara itu datang dari mereka, jadi merekalah yang buat, saya
sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Exco kerajaan
negeri, mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," katanya kepada media.
Rafizi awal hari ini
mendesak menteri dan timbalan menteri membayar wang petrol sendiri ekoran langkah
Putrajaya menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter.
No comments:
Post a Comment