Showing posts with label RON95. Show all posts
Showing posts with label RON95. Show all posts

05 September 2013

It's All About Perception




The announcement of the increase of RM 0.20 per liter for R0N95 and diesel infuriated many citizens who are already facing rising costs of living. The announcement that there will be no changes for R0N97 brought little respite. However, many have chosen to look at the announcement from distorted and warped lens. Indeed, the seriousness of the situation is a matter of perception.

With such a scenario that affects everyone, some political leaders have chosen to politicize the issue instead of providing a true and accurate picture of what is truly happening, not just in our country, but also in the world.  Our government is sincere in its Endeavour to prioritize the citizens’ welfare but unscrupulous leaders are joining the cause with populist views for political mileage.

Harga Ron97 Naik 15 Sen Mulai Hari Ini




Harga minyak petrol RON97 naik harga lagi sebanyak 15 sen berkuatkuasa mulai 5 September 2013 di Malaysia. Jualan runcit petrol RON97 kini naik kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter. Kenaikan harga petrol RON97 juga dipercayai akibat kenaikan harga pasaran minyak dunia. Oleh itu, kerajaan berhak untuk menaikkan harga tersebut berdasarkan pasaran RON97 semasa.


Punca Kenaikan RON97 Mulai 5 September 2013

Harga pasaran RON97 adalah disebabkan harga pasaran semasa minyak dunia. Kenaikan harga RON97 merupakan sesuatu yang ditentukan oleh pasaran bukan oleh kerajaan.


Harga Terkini Selepas RON97 Naik 15 Sen

RM2.85 Per Liter Selepas Naik Harga
RM2.70 Per Liter Sebelum Naik Harga
Jumlah Kenaikan: 15 Sen berkuatkuasa 5 September 2013

Perkara ini turut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik. Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang. Kerajaan akan memantau dan mengambil tindakan serius terhadap peniaga yang menaikkan harga dengan sewenangnya. Terdahulu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula 3 September.

04 September 2013

Bila GAY Gemuk, @rafiziramli Kena BODOH Dengan Nazri Aziz




Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bersetuju dengan rakan Kabinetnya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa pemimpin Pakatan Pembangkang untuk memulakan cadangan di pihak mereka terlebih dahulu bagi mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk peruntukan wang petrol.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, oleh kerana cadangan itu datang dari pihak PR maka mereka yang harus melaksanakannya terlebih dahulu. Mohamed Nazri turut menyelar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kerana cadangannya meminta menteri dan timbalan menteri melaksanakan perkara tersebut sebagai satu cadangan bodoh.

"Budak itu (Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah.

Turun Harga Petrol : Kerajaan Kaji Guna Semula RON92




Kerajaan mempertimbangkan penggunaan semula petrol RON92 yang ditarik daripada pasaran pada 1 September 2009 untuk memberi pilihan kepada pengguna membeli petrol pada harga lebih murah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata kajian sedang dijalankan dan akan diputuskan tidak lama lagi.
“Kita menerima cadangan pelbagai pihak termasuk mengkaji semula penggunaan petrol RON92,” katanya.

03 September 2013

Rasional Disebalik Kenaikan Harga Minyak @NajibRazak




Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan 20 sen bagi setiap liter petrol RON95 dan diesel berkuatkuasa selepas tengah malam tadi. Langkah itu adalah sebahagian daripada peringkat proses rasionalisasi subsidi kerajaan yang telahpun dimuktamadkan oleh kerajaan sebelum ini. Yang jelas, kerajaan bertekad memastikan proses itu berjalan secara berperingkat untuk memastikan kesannya tidak membebankan rakyat.

Semua tahu harga bahan bakar amat bergantung kepada harga pasaran bahan tersebut di peringkat antarabangsa. Dan semua tahu bahawa betapa kerajaan sekian lama meneruskan subsidi barangan keperluan termasuklah petrol, diesel dan gas, sehinggakan harga bahan tersebut di pasaran negara kita jauh lebih rendah daripada banyak negara walaupun garis penentuan harga adalah sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...