31 August 2013

Kahwin Itu Membosankan – Haliza Misbun




Amboi. Pelik sungguh dengan Haliza Misbun ini. Macam mana Haliza boleh tahun hidup berkahwin itu membosankan padahal dia tak kahwin lagi. Misteri juga nie. Mungkin bila dah terlalu selesa hidup seorang diri sehingga umur 40-an, Haliza takut untuk berkahwin sehingga terbentuk imej sedemikian.

Berkahwin adalah pelengkap kehidupan. Memanglah tidak sebebas ketika bujang, namun kebahagiaan dan kenikmatan yang diperoleh daripada berkahwin sangat berbaloi. Mungkin Haliza kena ubah persepsinya.


Kata Haliza:-

"Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi, sekarang mereka sudah berhenti bertanya."

Percaya, suatu hari nanti apabila Haliza berjumpa dengan lelaki idamannya, pasti Haliza akan berkahwin jua. Mungkin sekarang masih tiada jodoh. Banyakan berdoa agar dipermudahkan. Nanti bila dah berkahwin, Yakin Haliza akan menarik balik kenyataannya ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...