Akhirnya parti rasis Dap mengalah dengan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan bersetuju untuk mengadakan
pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan Disember depan.
Ini setelah berbulan-bulan Dap cuba bermain
silap mata dengan ROS dengan mencuba bermacam-macam helah supaya benangnya yang
basah boleh ditegakkan dengan apa cara jua pun. Malangnya ROS bukanlah sebodoh
Pas yang telah berjaya dijadikan keldai di dalam Pakatan Rakyat.
Dap berfikir sebagaimana ia telah berjaya
menundukkan Pas untuk menggugurkan asas perjuangan parti itu untuk menubuhkan
Negara Islam, begitu juga ROS boleh dilembukan untuk mengikut katanya. Silap
besar kerana ROS bukan sebuah parti politik tetapi agensi kerajaan yang
berfungsi mengikut landasan undang-undang dan peraturan yang telah diguna pakai
sekian lama.
Hanya ROS bukanlah sekejam seperti yang cuba
ditonjolkan oleh parti perkauman itu. Sekiranya ROS mempunyai agenda politik
atau bersikap tidak berperikemanusiaan Dap sudah pun diharamkan semasa kecoh
semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Tetapi ROD bersikap professional
dan melayan Dap sama seperti mana-mana pertubuhan atau persatuan lain tanpa
pilih bulu.
Setelah Penasihat Parlimen Dap, Lim Kit Siang
menangis teresak-esak di depam kamera dalam sidang media mengenangkan partinya
berdepan dengan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya, ROS pun berlembut dan
memberi peluang kepadanya sekali lagi.
Mungkin Kit Siang akan berkata di kemudian
hari bahawa air mata buayanya yang menyelamatkan Dap daripada diharamkan. Pun
Dap tidak berterima kasih dan menghentam ROS seolah-olah agensi kerajaan itu
mempunyai motif untuk menindas dan menganiaya. Sepatutnya ROS tidak beri muka
kepada Dap sebagaimana ia bertindak untuk mengharamkan UMNO pada 1988 dahulu.
Dap adalah parti rasis yang terlalu ego dan
fikir orang Melayu di negara ini perlu tunduk di bawah tapak kakinya. Hakikatnya
Dap telah melakukan satu penipuan yang amat jelas dan ketara dengan tidak
memaklumkan melalui surat kepada 753 perwakilan parti itu mengenai pemilihan
parti itu.
Tujuannya ialah supaya kesemua perwakilan
yang berbangsa India itu tidak dapat berpartisipasi dalam proses pemilihan
untuk memilih pucuk pimpinan tertinggi Dap. Setiausaha Agung, Lim Guan Eng
takut jika 753 orang perwakilan India itu turut sama, keadaan akan menjadi
sukar untuk beliau menposisikan senarai kroninya dalam CEC.
Malah dalam buku kecil yang ditulis oleh
seorang yang dikenali sebagai Father Augustus Chen, penulis mendakwa terdapat
547 pengundi hantu semasa pemilihan CEC Disember tahun lalu. Kit Siang
melenting bagai nak gila apabila muncul buku tersebut kerana ia mendedahkan
penyelewengan sebenar dalam pemilihan CEC tersebut.
Imej Dap sebagai sebuah parti yang berjuang
atas prinsip demokrasi, keadilan dan ketelusan akhirnya terbongkar sebagai
parti hipokrit besar yang sanggup menipu dan berkomplot untuk menafikan sebahagian
besar perwakilan untuk mengundi dalam mesyuarat agung tahunan parti.
Apabila berlakunya krisis yang mencemarkan
maruahnya, Dap terpaksa mengaku kesilapannya tetapi pada masa yang sama cuba
sedaya upaya untuk menutup penyelewengan yang dilakukan dengan memberi alasan
ia berpunca darpada masalah teknikal.
Hakikatnya ia bukanlah masalah teknikal atau
apa-apa masalah lain. Ia adalah satu penipuan terancang oleh Kit Siang dan
anaknya Guan Eng untuk meletakkan pemimpin-pemimpin Cina pilihan mereka di
dalam CEC dengan menolak calon-calon Melayu dan India.
Akhirnya Dap cuba menipu dan mengaburi rakyat
sekali lagi dengan mengangkat seorang lagi Cina yang berpura-pura berlakon
sebagai Melayu hanya kerana menjadi anak tiri bekas pemimpin UMNO.
Inilah yang dikatakan bodoh tak terajar
pandai tak terikut, nak tunjuk pandai sangat sampai telanjangkan kebodohan
sendiri. Isunya senang sahaja iaitu Dap menipu dalam pemilihan CEC tetapi spin
punya spin akhirnya terbelit badan sendiri!
No comments:
Post a Comment