Pemilihan Umno kali ini akan menyaksikan
tujuh daripada lapan Umno bahagian di Terengganu menerima ketua Puteri baharu
kerana penyandang sudah mencapai had umur. Ketua Puteri Umno Terengganu
Nordiana Shafie berkata hanya Ketua Puteri Umno Kemaman Asfalinda Anuar masih
layak mempertahankan jawatannya manakala yang lain perlu melepaskan jawatan
kerana sudah berusia melebihi 35 tahun.
"Rata-rata penyandang sekarang memegang
jawatan ketua sejak mula ditubuhkan pada tahun 2000," katanya.
Tujuh penyandang terbabit ialah Ketua Puteri
Umno Besut, Che Senah Che Sulaiman; Rosnari Awang Ngah (Setiu); Aida Azam
(Kuala Nerus); Marina Endut (Marang); Zarina Abdul Rahman (Hulu Terenggan);
Aziahwati Abdullah (Dungun) dan Nordiana sendiri selaku Ketua Puteri Umno Kuala
Terengganu.
Mengenai calon, Nordiana berkata disebabkan
pemilihan dilaksana secara terbuka, beliau berharap perwakilan dapat membuat
pilihan tepat dengan mengundipemimpin yang benar-benar dapat membantu menaikkan
Umno amnya dan sayap itu khasnya.
No comments:
Post a Comment