23 August 2013

Shuhaimi Baba Harap Tiada Provokasi Terhadap "Tanda Putera"




Pengarah filem Datin Paduka Shuhaimi Baba berharap agar filem sejarah biografi arahannya iaitu "Tanda Putera" tidak menjadi provokosi dan menggesa masyarakat supaya membuat tanggapan secara adil selepas menonton filem itu.

"Tanda Putera" yang didakwa mengandungi isu sensitif dijangka berada di pawagam pada 29 Ogos selepas beberapa kali tayangan filem tersebut ditangguh. Walaubagaimanapun, filem tersebut telah pun ditonton oleh pihak media, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan peneroka felda sewaktu tayangan persendirian.


Menurut Shuhaimi, dia merasakan respon positif terhadap filem arahannya ini semakin meningkat setelah melihat kehadiran ramai media sewaktu majlis pratonton filem berbanding tahun lepas. Namun, dia berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang kontroversi untuk memprovok.

"Tanda Putera" berkisar tentang kesungguhan usaha bekas Perdana Menteri kedua, Tun Razak dan timbalannya Tun Ismail dan hubungan akrab mereka sewaktu rusuhan 13 Mei 1969.

"Selepas setahun, saya rasa penat tetapi lega. Saya mahu mengucapkan terima kasih di atas pertolongan dan sokongan mereka dalam usaha menayangkan filem ini di pawagam. Saya rasa bersyukur dengan pertolongan semua orang, kawan-kawan dan pihak PFM yang selalu bekerjasama untuk membantu persatuan lain," kata Shuhaimi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...