Dalam keterpaksaan, DAP telah mengumumkan
akan mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Pusat (CEC) pada 29
September ini. DAP pada mulanya berhempas pulas cuba mengelak dari mengadakan
pemilihan semula namun terpaksa akur apabila ROS tidak memberi pilihan jika
enggan parti itu dibubarkan.
Inilah yang terpaksa ditanggung oleh DAP
kerana membiarkan pemimpin yang bodoh sombong, rasis, lagi gila kuasa seperti
Lim Guan Eng, bermaharajalela. Jika tidak kerana terlalu rasis dan tidak mahu
ada seorang pun wakil Melayu di peringkat kepimpinan, maka tentu DAP tidak perlu
menghadapi masalah ini.
Jika tidak kerana ingin menipu Melayu dengan
meletakkan seorang Cina yang mempunyai nama Melayu, iaitu Zairil, bagi mewakili
Melayu, maka tentu pemilihan semula tidak perlu berlaku sejak dari awal
lagi.
Dan jika tidak kerana berhati busuk sehingga
sanggup menafikan hak perwakilan India untuk mengundi maka sudah tentu semua
ini tidak akan berlaku. Lim Guan Eng sudah beberapa kali didapati menipu dan memutar
belit fakta. Malah, ramai yang telah
keluar dari DAP atas faktor ‘Tokong Lim’.
Hakikatnya, Lim Guan Eng adalah liabiliti
kepada DAP. Kewujudan dirinya di dalam parti memberi imej samseng, bongkak,
penipu, rasis dan korup. Namun, memandangkan DAP mengamalkan nepotisme, maka
kedudukan Lim Guan Eng pastinya tidak akan goyah kerana seluruh kerabat dan
kroni Lim di dalam DAP, akan memastikan kedudukannya kekal kukuh dengan apa jua
cara.
Atas dasar inilah maka kita meragui yang DAP
mampu berlaku telus dalam pemilihan semula CEC September ini. Biar berapa kali pun pemilihan semula dilakukan,
DAP tidak mungkin mampu berlaku telus setelus-telusnya.
Tidak ada sebab bagi kepimpinan DAP untuk
menafikan hak 753 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan awal melainkan
mereka tidak yakin yang kroni-kroni dan kerabat mereka akan menang.
Justeru, sekiranya mereka tidak yakin sebelum
ini, apa yang akan membuat mereka yakin pada September ini? Lebih-lebih lagi
apabila kesemua 753 perwakilan yang telah dinafikan hak itu pastinya telah
kecil hati dan mungkin menyimpan dendam terhadap kepimpinan. Maka, apakah
mungkin mereka akan mengundi kroni-kroni dan kerabat kepimpinan dalam pemilihan
semula?
Lim Guan Eng tentu sekali tidak akan
mengambil risiko orang-orangnya kalah dalam pemilihan semula ini kerana itu
hanya akan membuktikan bahawa berlakunya penipuan dalam pemilihan awal.
Mengenali sikap samseng, rasis dan diktator beliau, beliau akan memastikan yang
keputusan pemilihan kali ini tidak jauh berbeza dengan yang terdahulu.
Tidak mustahil, beliau akan mengulangi
penipuan dan manipulasi yang sama agar kesemua 753 perwakilan India itu tidak
dapat mengundi lagi.
Apa yang pasti, beliau tentu sedang merancang
sesuatu bagi menyelamatkan diri, kerabat dan kroninya. Maka, tidak hairanlah
DAP sengaja memanjangkan tempoh pemilihan semula iaitu sehingga 29 September. Untuk
apa DAP memerlukan masa yang begitu panjang untuk menjalankan keadilan
melainkan DAP sememangnya mempunyai muslihat dalam menentukan keputusan.
No comments:
Post a Comment