Mengenali lebih dekat gaya dan
identiti yang dibawa oleh anak kepada penyanyi Rohana Jalil iaitu Khilafairy,
Murai Batu menyifatkan gadis ini sebagai artis yang sering tampil dalam gaya
seksi dan mengiurkan. Baik dari segi gaya bibirnya serta aksinya berinteraksi
depan kamera, pasti ianya dicop seksi dan menggoda. Malah, Murai Batu percaya
Khilafairy lebih popular di mata lelaki berbanding wanita. Tak gitukan bang?
Selain dikenali sebagai pelakon,
Khilafairy juga dikatakan seorang penyanyi yang bagus. Lebih-lebih lagi dalam
menyanyikan lagu-lagu Hindustan. Mungkin ikut jejak mak dialah kan?
Bagaimanapun, ada segelintir
pihak yang dikatakan kurang senang dengan Khilafairy, malah mengatakan bahawa
Khilafairy tidak boleh menyanyi dengan baik lagu selain daripada lagu Hindi.
Senang cerita, kalau dia bawa lagu Melayu mesti hancusslah kononnya. Ish,
Sampai macam tu sekali ya dakwaan orang.
Bagi membuktikan tuduhan itu
tidak berasas, Murai Batu mendapat tahu rapper tempatan yang mula dikenali
selepas beraksi dengan Black menerusi lagu Teman Pengganti pada Anugerah Juara
Lagu telah pun bergandingan dengan Khilafairy untuk menepis dakwaan tersebut.
Dengarnya mereka berdua sudah pun
merakamkan lagu baru tersebut dan baru saja tamat pengambaran muzik video (MV)
untuk lagu baru berkenaan. Tiba-tiba terfikir, RJ ni ada apa-apa ke dengan
Khilafairy?
Yang penting, menurut sumber
terdekat Murai Batu, dalam MV lagu yang belum diketahui judulnya itu,
Khilafairy khabarnya telah menari dalam gaya ghairah bersama RJ. Wow, biar
betul?
Namun, aksi tersebut tidaklah
sampai mencecah ke arah lucah. Sebaliknya, ia dikhabarkan lebih kepada gaya
natural Khilafairy yang suka sangat jadi seksi. Manakala, RJ pula telah
menampilkan gaya tarian lelaki kasanova yang dahagakan kasih wanita cantik.
Gerun sungguh Murai Batu dengar
cerita sumber ini. Apapun, Murai Batu nak tengoklah nanti sama ada dakwaan ini
betul atau tidak. Tapi, kalau mengikut penilaian Murai Batu yang pernah lihat
persembahan live dari Khilafairy, dia memang superb seksi.
No comments:
Post a Comment