Rakyat Malaysia sebelum ini melahirkan
kebimbangan mereka ekoran dari peningkatan mendadak kes jenayah tembak yang
melibatkan senjata api. Ekoran daripada itu juga, ramai yang mendesak agar
pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mencari langkah berkesan bagi
membendung kejadian tersebut.
Seperti ‘orang
yang mengantuk yang diberikan bantal’ pemimpin pembangkang dengan pantas menggunakan
isu tersebut bagi menyalahkan kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan gagal
bertindak sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat.
Tidak ketinggalan, Ketua Umum PKR, Anwar
Ibrahim turut menggunakan isu tersebut dengan menggesa polis mengambil langkah
segera bagi mengawal kes bunuh secara tembakan ala 'mafia' itu. Malah
kesempatan itu turut digunakannya bagi mendesak kerajaan agar memberi ruang
kepada pakatan pembangkang untuk bekerjasama bagi menangani isu tersebut.
Paling menarik dia turut mengkritik pihak
PDRM dengan mengatakan polis perlu menerima kenyataan dalam meningkatkan tahap
profesionalisme dalam memerangi jenayah ini.
“Pihak polis sepatutnya menggunakan lebih
ramai anggota cawangan khas untuk mengekang masalah ini, bukannya ditugaskan
memantau program-program politik,” katanya.
Pada mereka yang tidak mengenali ‘wajah sebenar’ pembangkang, pasti akan
ada yang terpedaya dengan sandiwara tersebut sambil menyifatkan kenyataan Anwar
itu begitu jujur, ikhlas lagi suci. Malah pasti ada juga yang akan terpengaruh
untuk menyalahkan kerajaan dan pihak polis.
Tetapi yang ‘hairan bin ajaibnya’ ialah, apabila pihak polis mengambil tindakan
menembak mati 5 penjenayah yang amat berbahaya kerana terlibat dalam 10 kes
bunuh, mereka jugalah yang bangkit dan mempertikaikan tindakan tersebut. Malah
ada di kalangan mereka yang bertindak sebagai ‘peguam bela’ penjenayah sambil mempertikaikan tindakan polis
Itu belum diambil kira dengan pelbagai
tohmahan dilemparkan, kononnya tindakan tersebut tidak mengikut prosedur, polisi
yang digunakan dalam operasi tersebut ialah ‘tembak untuk bunuh’ (shoot to kill). Malah ada yang menafikan
kejadian tembak-menembak antara polis dan mereka yang terbunuh telah ditembak
dari jarak dekat bagi memberikan gambaran kononnya operasi tersebut dilakukan
tidak mengikut SOP (standard operation procedure) yang ditetapkan.
Hebat bukan! Mereka yang sebelum ini mendesak
polis bertindak, kini bangkit menyalahkan tindakan tersebut. Inilah yang
dinamakan ‘hikayat seribu satu malam’
pembangkang. Pada satu ketika mereka menjadi insan yang suci lagi menyucikan,
pada ketika yang lain pula, mereka berubah watak menjadi PEMBELA kepada penjenayah bagi menyalahkan polis.
Namun itu semua bukanlah satu perkara yang mustahil.
Kerana mereka ini juga pernah satu ketika mengatakan anggota polis yang
terkorban ketika tragedi berdarah di Lahad Datu sebagai ‘sandiwara’. Malah ada dikalangan penyokong mereka yang mengatakan
anggota polis yang terkorban sebagai ‘mati
katak’.
Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka
mendesak agar polis ‘bersopan-santun’
ketika berdepan dengan penjenayah yang berbahaya. Kerana pada mereka nyawa anggota
polis tidak mempunyai sebarang nilai, berbanding penjenayah yang mengambil upah
untuk membunuh.
Kesimpulannya, PDRM seharusnya tidak melayan
drama pembangkang ini. Teruskan sahaja semua tindakan yang dirasakan perlu
untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan rakyat. Kerana apa yang penting
negara ini terus selamat dan aman damai dari sebarang anasir-anasir jahat yang
ingin melihat negara ini musnah demi mendapat kuasa dan bergelar Perdana
Menteri.
No comments:
Post a Comment