29 August 2013

Cara Halus DAP Penang Untuk Halau Orang Melayu




Kerajaan DAP Pulau Pinang akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula 1 September ini. Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa berkata, WCS itu akan dinaikkan daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak.

Katanya, penggunaan air domestik di negeri ini terlalu tinggi dan PBAPP tiada pilihan lain selain menaikan kadar WCS bagi menggalakkan pemuliharaan atau penjimatan air. Penggunaan air domestik per kapita di Pulau Pinang telah mencapai tahap tertinggi iaitu 302 liter per kapita sehari sehingga 30 Jun lalu berbanding 294 liter per kapita tahun lalu.


"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2010 juga mengesyorkan pengunaan air adalah sebanyak 50 hingga 100 liter per kapita manakala penggunaan air per kapita di Singapura bagi tahun lalu adalah sebanyak 152 liter.

"Oleh kerana bekalan air domestik disubsidi negeri dan perkhidmatan bekalan air adalah baik, orang ramai dilihat terus menggunakan air secara berlebihan, namun sebagai negeri yang kekurangan air kita perlu memikirkan masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jaseni berkata, PBAPP tidak lagi mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik dan unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air di negeri ini adalah sebanyak RM99.9 juta.

"Unjuran perbelanjaan modal ini diperlukan untuk memastikan bekalan air yang baik dan terus dapat disalurkan tetapi kita sudah tidak mampu untuk memberi subsidi yang lebih tinggi bagi tahun ini tanpa menjejaskan perkhidmatan bekalan air.

"Rakyat Pulau Pinang harus sedar bahawa air adalah sumber ternilai dan perlu digunakan dengan lebih bijak. Jika rakyat terus menikmati bekalan air yang baik dengan tarif yang rendah, mereka perlu memainkan peranan masing-masing iaitu mengunakan air dengan bijak agar tidak dikenakan WCS," katanya.

Selain itu, jelasnya, tahun lalu, WCS tidak memberi kesan kepada 72 peratus pengguna air domestik negeri ini yang menunjukkan seramai 332,103 daripada 460,966 pengguna tidak dikenakan surcaj itu.

"Jika bil air untuk dua bulan pengguna di bawah RM21.40 mereka tidak akan dikenakan WCS kerana ia hanya melibatkan pengguna yang menggunakan air secara berlebihan," ujar beliau.

P/S : Cara penghalau Orang Melayu dari Pulau Pinang secara sulit akan dijalankan dengan menaikkan surcaj air, DAP Penang memang tahu bahawa org Melayu di Pulau Pinang akan tertindas sebab keluarga org Melayu suka berkeluarga ramai dan menyebabkan harga minuman di Pulau Pinang naik serta-merta. Agaknya tinggal berapa kerat je nanti org Melayu yg mampu hidup di sana selepas tahun 2018 nanti????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...