Gara-gara memuat naik beberapa gambarnya
berpakaian ketat di laman sosial Instagram-nya, pelakon dan penyanyi Fida
Ibrahim dihentam teruk oleh segelintir peminatnya malah turut melemparkan
kata-kata kesat terhadapnya. Namun pelantun "Apo Kono Eh Jang?" ini tidak melatah atau menyalahkan
peminatnya, sebaliknya menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.
"Gambar tu sebenarnya adalah gambar
disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be
Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan
lepas. Saya turun 4kg. jadi nak lah tunjukkan hasilnya.
"Masa saya muat naik di Instagram tu,
saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin
peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana
mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar
itu. Lagi pun saya duta produk kelangsingan, dan saya nak promosi produk itu.
Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan," ujarnya.
Tambah Fida, 27, lagi, perkara tersebut telah
memberinya pengajaran untuk lebih berhati-hati memuat naik gambar-gambar di
laman sosialnya pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment